in , , ,

Elemen Irama Malaysia & Rock N’ Roll Kejutan di Ella Unplugged di Istana Budaya

Tercatat dalam jadual hiburan Malaysia semalam dan hari ini, Ratu Rock Ella mengalunkan rangkaian lagu-lagu popularnya di Konsert Unplugged di Istana Budaya. Budiey berkesempatan untuk hadir di Malam Pertama iaitu pada hari Jumaat, 29 Mac 2019. Ternyata, vokal Ratu Rock ini sememangnya masih ada warna dan hebat macam dulu. Tahniah El!

Persembahan konsert ini harapnya bukanlah yang terakhir. Mungkin keterbatasan lokasi iaitu di Istana Budaya yang membataskan penonton untuk bangun dan menari dan headbanging tu agak terhad. Mungkin selepas ini, Ella boleh merancang untuk mengadakan konsertnya di lokasi lain pula.

Ella Unplugged di Istana Budaya

Semua lagu-lagu yang dialunkan oleh Ella begitu selesa di telinga kami. Sebanyak lebih 22 buah lagu disampaikan dengan gaya spontan dan penuh kemanjaan dari Ella. Namun, buat julung kalinya beliau menampilkan konsep akustik di Istana Budaya dan lagu asli yang semakin dilupakan oleh generasi muda sekarang. Yang itu, Budiey sangat suka. Love sangat!

Ella Unplugged di Istana Budaya

Mungkin ada yang tak tahu dengan kejutan dari segi segmen dalam konsert ini. Untuk info pembaca, ada tiga segmen yang mewakili album terbaharu Ella iaitu PEACE, LOVE, RINDU.

NURI & PERMATA PEMOTONG PERMATA – Lagu Pembukaan Konsert ELLA UNPLUGGED

Segmen PEACE: AKUSTIK menjadi pembukaan konsert di mana Ella main panggung dengan muzik akustik mengalunkan rangkaian lagu-lagu medley iaitu Nuri, Permata Pemotong Permata, Cinta Dusta, Esok Lusa Selamanya, Aku Kau Dia, Tiada Tangis Lagi, Penjara Misteri, Layar Impian, Demi, Cinta Selembut Sutera, Rama-Rama, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pergilah Sayang (menampilkan adik Ella, Korie), Mendung Tak Bererti Hujan & Peace.Love.Rindu (menampilkan suami Ella, Kapten Azhar).

Ella Unplugged di Istana Budaya

Segmen LOVE: ASLI pula Ella membawa penonton ke irama yang jarang diperdengarkan. Tambahan lagi apabila vokal serak-serak basah Ella memang sesuai untuk membawakan lagu-lagu irama Malaysia atau irama asli. Untuk segmen ini, Ella mendendangkan lagu SAYANG DI SAYANG, KERONCONG KEMAYORAN, TAK SEINDAH WAJAH, SEMBILU DAN ZAPIN PEMATAH HATI.

Ella Unplugged di Istana Budaya

Segmen RINDU: ROCK N ROLL, Ella mengimbau semula kenangan zaman-zaman kegemilangan beliau yang pastinya dengan irama lagu yang dirindui oleh peminat. Lagu-lagu rancak dan melo serta pop balada ini disampaikan dengan iringan pemuzik popular dan hebat seperti Edrie Hashim, Lord, dan Captain Azhar. Lagu-lagu yang dialunkan di segmen ini, PERMATA BIRU, KITALAH BINTANG, PUTERI KOTA, DUA INSAN BERCINTA, CINTA BERAKHIR, SUJUD, KESAL, BAYANGAN, PENGEMIS CINTA dan GEMILANG.

“Genre asli dan rock sangat berbeza tetapi saya mahu generasi akan datang dengar dan segarkan ia kembali walaupun zaman sudah maju dan berubah.

“Saya akan memilih lagu-lagu sendiri pada ‘Malam Ella Unplugged KL’ dan cuba menyampaikannya dalam genre asli sebaik mungkin bagi menghargai karya ini,”

– Ella
Ella Unplugged di Istana Budaya

Konsert yang dianjurkan oleh Project Ella Sdb Bhd ini pemuzik iringan seperti Aji selaku gitaris, Ritz gitaris, Fly Halizor selaku pemain bass, Ujang selaku pemain drum, Paang selaku perkusi, Ude Wahid pemain keyboard dan violin dan disempurnakan dengan suara latar dari Baby, Jat dan Eja.

AKU KAU DIA & TIADA TANGIS LAGI – Konsert ELLA UNPLUGGED

Fesyen dan busana untuk konsert ini ditatarias dari idea kreatif Jiman Casablanca dengan rekaan bergaya lagi elegan seperti Syomir Izwa, Ezzati Amira, Kit Woo dan Joe Chia.

Konsert Ella

Konsert ini dialunkan dalam bunyi akustik diiringi pemuzik terdiri daripada alumi dan pelajar tahun akhir Akademik Seni Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Ella Unplugged di Istana Budaya

Tahniah Ella di atas kejayaan konsert ini. Ramai peminat yang sangat terhibur dengan persembahan dan celoteh Ella yang bersahaja dan kadang-kadang mendapat tepukan meriah serta sorak tawa hilai penonton.

Selamat maju jaya untuk malam ini! Ella, You still Rawkkkk!

KREDIT FOTO: Iqbal Rosli

CINTA DUSTA & ESOK LUSA SELAMANYA – Konsert ELLA UNPLUGGED

Ella Unplugged di Istana Budaya
Ella Unplugged di Istana Budaya
Konsert Ella
Konsert Ella

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunkface Tak Kecewa Album POP Kurang Sambutan

Senarai Penuh Filem Yang Bertanding di Festival Filem Malaysia Ke-30