in ,

Senarai Penuh Filem Yang Bertanding di Festival Filem Malaysia Ke-30

Selesai liputan di Riuh Rhapsody yang berlangsung di Sentul Depot, Sentul West petang ini, Budiey terus bergegas ke Putrajaya untuk buat liputan pula di Festival Filem Malaysia Ke-30.

Setiap kali buat liputan di acara anugerah filem seperti ini, Budiey sangat teruja sebenarnya nak tahu filem manakah yang akan dipilih oleh juri. Kebiasaannya, filem yang berjaya menjulang trofi bukanlah filem yang menjadi kegemaran penonton rakyat Malaysia di pawagam. Semua ini terletak pada mutu dan kualiti sesebuah filem.

Festival Filem Malaysia 30

Sebelum mengetahui pemenang, sudah tentu kita nak tahu filem manakah yang bertanding. Seperti tahun sudah FFM akan memberikan senarai pencalonan Top 5 kepada media di hari kejadian anugerah tersebut. Kononnya sebagai satu kejutan dan satu usaha untuk menyeru supaya semua pelakon dan orang belakang tabir hadir di acara ini. Surprise!

Untuk info pembaca Budiey.com, Festival Filem Malaysia 30 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam ini iaitu 30 Mac 2019 (Sabtu) bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Acara gilang gemilang ini dihoskan oleh Adibah Noor dan Nabil Ahmad, sudah tentu akan menghiburkan penonton dengan celoteh dan lawak spontan mereka. Budiey harap, lawak mereka taklah over macam Zizan Razak pada FFM29 yang lalu.

FFM30 akan diserikan dengan persembahan artis seperti Dato Jamal Abdillah, Dato Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Sophia Liana, Zizi Kirana, Syamel, Datin Alyah, Billy Zulkarnain dan Dato Afdlin Shauki. 

Berikut Senarai Filem yang bertanding pada FFM30: 

2. Kau Takdirku

2. Pulang

3. Tujuh Sumpahan Suri

4. Two Sisters

5. Polis Evo 2

6. Kutram Seiyal

7. KL Special Force

8. Munafik 2

9. Gol & Gincu Vol. 2

10. Mrs K

11. KL Wangan

12. Tangisan Akinabalu

13. The Spiral

14. A House Of Happines

15. Haunted Hotel

16. Perangsang Rentap

17. Paskal

18. Rise: Inikalilah

19. Bukan Cinta Malaikat

20. Aasan

21. The Kid From Big Apple: Before We Forget

22. Makrifat Cinta

23. Pinjamkan Hatiku

24. Thirudathey Papa Thirudathey

25. Lee Chong Wei: Rise Of The Legend

26. The Farm – En Veettu Thottahil

27. Sughamaai Subbulakshmi

28. Langsuir

29. Dukun

30. Hantu Kak Limah

31. Bukser

32. Tombiruo: Penunggu Rimba

33. Think Big Big

34. Get Hard Tongkat Ali

35. Papa Come Home

36. Neeyum Naanum

37. Guang

38. One Two Jaga

39. Vedigundu Passangge

40. Operasi X

41. Felina

42. Surf This Love

Good luck buat semua filem yang bertanding. Kepada yang tak berjaya malam ni, jangan putus asa ya. Cubalah lagi di tahun akan datang. Manala tahu tup tup satu filem terbitan korang akan melekat di hati juri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elemen Irama Malaysia & Rock N’ Roll Kejutan di Ella Unplugged di Istana Budaya

Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30 FFM30