in ,

Gadis Berbikini Dalam Klip Video DROP Joe Flizzow Dikatakan Bertaraf Antarabangsa

Setelah agak lama tidak mengeluarkan karya baru. penyanyi rap tersohor Malaysia, Joe Flizzow tampil dengan lagu terbarunya yang berjudul ‘Drop’.

Lagu berbahasa Inggeris itu merupakan sebuah karya terbitan Alif SleeQ dan diadun oleh jurutera audio terkemuka dunia Chris Athens.

joe flizzow

Sewaktu pelancaran lagu Drop di sebuah hotel ternama di ibukota, Joe juga sempat memperkenalkan klip video lagu tersebut yang telah menjalani penggambaran di Phuket, Thailand.

joe flizzow

Selaku penerbit klip video tersebut, Joe memberitahu bahawa dia jatuh cinta dengan keindahan Phuket selepas bermalam di sebuah resort milik temannya di sana.

Video arahan Shimy Julaini itu bukan sahaja menampilkan tempat-tempat yang menarik di sekitar Phuket, tetapi juga seorang model jelita yang hanya memakai bikini.

joe flizzow

Jadi buat para peminat setia Joe Flizzow jangan lupa untuk mendapatkan Drop di semua platform digital dan layari laman Youtube untuk menyaksikan klip video lagu ini.

joe flizzow

joe flizzow

joe flizzow

joe flizzow

joe flizzow

joe flizzow

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dengan Sekali Lafaz Nur Fazura Kini Jadi Isteri Kepada Fattah Amin

Fazura & Fattah Nikah, Aizat Amdan Cipta Lagu Khas SAMPAI KE HARI TUA