in ,

Dengan Sekali Lafaz Nur Fazura Kini Jadi Isteri Kepada Fattah Amin

Kejutan untuk malam ini. Tiada petanda tiada klu, pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam ini. Pandainya mereka jaga rahsia.

Rasanya ada rahsia di sebalik tarikh 27 hb. Mungkin Fazura pilih tarikh ini kerana 27 hb adalah tarikh hari jadi dan 27 tahun juga adalah umur Fattah sekarang.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Nur Fazura Kini Jadi Isteri Kepada Fattah Amin

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Rizman Ruzaini, serta solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Berita itu juga secara tidak langsung mengesahkan laporan yang dibuat BH Online sebelum ini.

Dalam sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House Of Dolls milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci.

Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Watch the ARIAs Red Carpet Live & Exclusive on Twitter

Gadis Berbikini Dalam Klip Video DROP Joe Flizzow Dikatakan Bertaraf Antarabangsa