in , ,

DOLLA Lancar Single Kedua Berjudul IMPIKAN, Angkat Falsafah Pantang Menyerah Kalah

Sejak melancarkan single debut mereka ‘Make You Wanna’ pada Mac lalu, kumpulan wanita baharu DOLLA berjaya menggegarkan industri muzik Malaysia dengan konsep lagu, penampilan, nyanyian dan tarian setaraf dengan kumpulan wanita antarabangsa.

Walaupun nama DOLLA masih baru dalam industri Malaysia, namun kumpulan wanita yang dianggotai empat gadis cantik ini sudah pun berjaya mengumpul peminatnya sendiri yang menggelarkan diri mereka ‘iDOLLA’. Baru sahaja beberapa bulan kemunculan mereka, namun DOLLA sudah diberi peluang untuk membawa bakat mereka ke arena antarabangsa apabila mereka terpilih untuk berkolaborasi dengan artis-artis wanita dari seluruh Asia Tenggara dalam menghasilkan lagu ‘Heal’, sebuah projek khas kelolaan Star Music, anak syarikat konglomerat media ABS-CBN yang berpusat di Filipina.

DOLLA IMPIKAN

Lagu ‘Heal’ yang baharu saja dilancarkan pada September lalu merupakan projek yang pertama seumpamanya dirantau ini, bertujuan menyampaikan rasa cinta dan memacu penyatuan warga rantau ini dalam menghadapi suasana tidak ketentuan dan waktu mencabar akibat pandemik Covid-19. 

Bagi meluaskan lagi jangkauan muzik mereka, DOLLA bakal muncul dengan single kedua mereka berjudul IMPIKAN. Turut dilancarkan bersama lagu IMPIKAN ini adalah  lagu versi Bahasa Inggeris yang diberi judul WATCH ME GLOW. Lagu ini adalah ciptaan komposer dan penerbit terkenal dari Sweden iaitu Ludwig Lindell, Daniel Caesar, Karl Oscar Gummesson yang turut menulis lirik untuk WATCH ME GLOW. Manakala lirik IMPIKAN pula ditulis oleh penyanyi rap, komposer dan penerbit terkenal Malaysia iaitu Luca Sickta dan YonnyBoii.

DOLLA

Mengulas tentang lagu ini yang menggunakan khidmat pencipta lagu antarabangsa yang pernah menghasilkan beberapa lagu hits untuk kumpulan K-Pop seperti LOONA, Red Velvet, Girls’ Generation, EXO-CBX, VIXX, Boys Republic dan Pentagon, Sabronzo bagi pihak DOLLA berkata,

Sudah pastinya kami sangat teruja diberikan lagu daripada komposer dan penerbit antarabangsa yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu hits K-Pop seperti ‘All Night’ nyanyian Girl’s Generation

Dengan peluang ini ianya sedikit sebanyak memberikan kami kelebihan kepada kami untuk membawa konsep muzik yang lebih bercitarasa antarabangsa.” 

– Sabronzo
DOLLA IMPIKAN

Manakala ketua Pemasaran Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar pula menjelaskan bagaimana lagu ini dipilih menjadi taruhan terbaharu Dolla, 

“Sebenarnya kerjasama kami dengan syarikat produksi The Kennel AB dari Sweden ini sudah lama terjalin menerusi beberapa projek untuk artis di bawah Universal Music Group.

Bila kami menerima lagu WATCH ME GLOW dalam senarai lagu yang mereka hantar untuk projek lain, kami merasakan ianya sesuai dengan konsep muzik yang Dolla cuba tampilkan.

Setelah berbincang dengan pihak Dolla sendiri, kami bersepakat untuk menjadikan single kedua Dolla dan dikeluarkan dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa English.”

“Ini merupakan pertama kalinya, Universal Music Malaysia mengeluarkan lagu dalam dua Bahasa sebagai strategi kami membawa Dolla menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Walaupun Dolla masih hijau dalam industri muzik, namun kami percaya akan potensi dan bakat mereka untuk melangkah lebih jauh.

Kami berharap lagu ini bukan sahaja disambut baik oleh peminat muzik tempatan dan antarabangsa, malah lagu ini mampu menjadi pengubah keadaan dalam meletakkan nama Dolla dan Malaysia di peta muzik global,” 

– Anne Mukhtar

Anne Mukhtar turut menyifatkan kerjasama strategik dengan penggiat seni antarabangsa adalah suatu langkah untuk pemain industri muzik Malaysia mendapat manfaat daripada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dalam seni pembikinan muzik popular global.

DOLLA IMPIKAN

Lagu yang cuba mengangkat falsafah pantang menyerah kalah, IMPIKAN / WATCH ME GLOW membawa pesanan untuk sentiasa tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Mengulas tentang mesej lagu ini, Angelina Chai atau lebih mesra disapa sebagai Angel berkata,

Lagu ini cuba membangkitkan semangat mereka yang belum mencapai apa yang mereka impikan dalam hidup mereka. Jangan mengeluh dan mudah menyerah kalah.

Dengan usaha yang berterusan, apa yang diimpikan pasti boleh dikecapi suatu hari nanti.

Lagu ini kami dedikasi khas buat peminat kami yang percaya dengan bakat dan kemampuan kami untuk terbang lebih jauh dalam persada seni.”

– Angel

Bercakap tentang jangkaan dan harapan mereka untuk lagu ini, Sabronzo juga berkata, 

“Kami berharap lagu ini bukan sahaja mendapat sambutan positif daripada pendengar dan mengukuhkan lagi jenama dan muzik di Malaysia, malah kami turut menaruh impian lagu ini membuka ruang dan peluang untuk kami menempa nama di luar negara.” 

– Sabronzo

Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 30 OKTOBER 2020. Muzik video rasmi juga akan dikeluarkan pada hari yang sama pada jam 9.00 malam.

DOLLA IMPIKAN

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem BIKIN FILEM Ditayangkan di Astro First Mulai 5 November 2020

Netizen Naik Angin, Foto Tak Bertudung Neelofa Dimuatnaik Pelawak