in , ,

Filem BIKIN FILEM Ditayangkan di Astro First Mulai 5 November 2020

Bikin Filem papar di sebalik realiti pembikinan filem menampilkan Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Hamid, Azhar Sulaiman & Ramai Lagi.

Di sebalik kejayaan dan kegemilangan sesebuah filem, terdirinya bakat- bakat kreatif yang sentiasa berusaha menghasilkan karya yang terbaik. Hakikatnya, bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan filem dan setiap proses tersebut kurang diketahui oleh orang ramai di luar sana. Bagi memberi peluang kepada penonton untuk menyelami suka duka keadaan yang harus dihadapai pihak produksi hadapi, Astro Shaw bawakan sebuah filem terbaru, berjudul BIKIN FILEM yang akan mendedahkan realiti dalam pembikinan filem.

Filem komedi arahan Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Mohd Yeop Hitler, akan terus berada di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 mulai 5 November 2020. Bukan sahaja menampilkan jalan cerita yang menghiburkan, malah setiap watak digerakkan dengan begitu baik oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Mark Adam, Azrel Ismail, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Azhar Sulaiman, Zain Hamid, Jasmin Hamid, Syazwan Zulkifly, Kodi Rasheed, Kamarool Hj Yusoff, ‘Raja Dubsmash Malaysia’ Ucop dan ramai lagi.

Filem BIKIN FILEM

Penerbit Bikin Filem, Mohamad Zubir Badarshair daripada Empire Film Solution berkata, 

Idea menghasilkan Bikin Filem adalah mahu orang ramai menonton sendiri bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan sehinggalah ia ditayangkan di pawagam dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.

Filem BIKIN FILEM

Filem adalah sebagai medium hiburan kepada penonton, tetapi sejauh mana masyarakat , mengetahui perjalanan sesebuah filem itu dihasilkan. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui,seperti faktor kewangan, keadaan cuaca dan melayan kerenah pelakon.

Biarpun ia dilihat sebagai sebuah filem komedi, tetapi filem ini secara keseluruhannya ia memaparkan kisah sebenar yang dilalui oleh seorang penerbit.

Bagi yang menonton Bikin Filem, kami yakin ia akan membuka mata lebih ramai pihak agar tidak memberikan kritikan yang keterlaluan terhadap sesebuah filem yang dihasilkan.

Hakikatnya, untuk menerbitkan sebuah filem memang sukar dan mereka yang melaluinya saja dapat memahaminya.”

Mohamad Zubir Badarshair
Filem BIKIN FILEM

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

Berbeza dengan filem-filem yang pernah kami bawakan sebelum ini menerusi konsep ‘terus ke pawagam rumah anda’, Bikin Filem bakal memaparkan kepada penonton warna warni realiti serta cabaran di sebalik pembikinan sesebuah filem.

Penonton sering melihat konten dan kualiti filem, tetapi apa yang tersirat di belakang kejayaan filem tersebut inilah insan-insan yang berusaha keras memastikan sebuah karya terbaik dihasilkan khas buat penonton dan industri. Dipersembahkan dalam bentuk santai, semoga penonton Astro terhibur dengan filem komedi ini yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air.

Kami juga berharap kehadiran Bikin Filem turut dapat mengisi masa penonton untuk terus kekal berada di rumah.

Dalam pada itu, syabas buat penerbit baru, Empire Film Solution yang pertama kali menerbitkan filem tetapi kreatif tampilkan konteks yang berbeza untuk tontonan penonton.”

Raja Jastina Raja Arshad

Bikin Filem mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.

Saksikan filem Bikin Filem yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim filem ini di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Minta Perhatian! Awas Penipuan Menggunakan Jenama BigPay, Hati-Hati Gais!

DOLLA Lancar Single Kedua Berjudul IMPIKAN, Angkat Falsafah Pantang Menyerah Kalah