in , ,

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023, Ahad Ini di TV2

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023 yang berlangsung pada 27 Ogos ini menjadi pentas penentuan siapakah 8 peserta daripada 13 peserta bertanding yang bakal mara ke Kemuncak Bintang Kecil 2023 pada September depan.

Pada tahun ini, penganjurannya terus diperkasa dan tambah baik dengan menyaksikan prestij pertandingan Bintang Kecil dari peringkat nasional diangkat ke peringkat antarabangsa dengan penyertaan peserta negara jiran, Republik Indonesia dan Brunei Darussalam. 

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023, Ahad Ini di TV2

Enam peserta mewakili zon semenanjung iaitu Iman Darwisy (WP Kuala Lumpur), Aeron (Negeri Sembilan), Syazril (Kedah), Azalia (Perlis), Wa’ie (Johor) dan Farha dari Selangor. Tiga peserta dari Sarawak pula adalah Qasih, Elle dan Fernandez manakala Zon Sabah diwakili oleh Danial dan Fateeha. Bakal turut memberikan saingan peserta dari Republik Indonesia iaitu Hyori manakala Farish pula mewakili Brunei Darussalam.

Debaran separuh akhir bintang Kecil 2023 yang diadakan di Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching ini menyaksikan peserta akan membawakan lagu solo dan berduet secara kumpulan. Lima orang peserta akan tersingkir dan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.00 seorang.

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023, Ahad Ini di TV2

Sepanjang dua jam bersiaran, pertandingan ini menampilkan gandingan hos Azam Pitt dan Sweet Qismina.Turut membuat persembahan pada malam tersebut, artis undangan, Melissa Francis, Bob Yusof dan Naqiu.

Nantikan malam Kemuncak Bintang Kecil 2023 pula akan berlangsung pada 3 September depan, pukul 9.00 malam bertempat di Arena Gemilang, DeTAR Putra, UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak. 

Pertandingan Bintang Kecil diperkenalkan di Sarawak sebelum diperluaskan ke peringkat Kebangsaan dengan penyertaan dari Semenanjung dan Sabah. Impaknya membawa manfaat besar terhadap industri seni tanah air sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai The Longest Production and Broadcast of Children Singing Competition on Radio.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertunjukan Fesyen Hebat Bertema Race Day di Litar Sepang dari Neonate X SVG

Ibu Ashraf Anuar Menitis Air Mata Melihat Kejayaan Neonate X SVG