in , ,

Ibu Ashraf Anuar Menitis Air Mata Melihat Kejayaan Neonate X SVG

“Moga Acara Ini Menjadi Penguat Semangat Untuk Ibu Sihat” – ASHRAF ANUAR

Siapa sangka di usia 23 tahun pempengaruh dan Pengasas jenama fesyen SVG Worldwide, Ashraf Anuar berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila dapat mengadakan pertunjukan fesyen di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) buat julung kalinya pada 20 Ogos lalu.

Lebih istimewa, pertunjukan fesyen terakhir bagi jenama SVG Worldwide itu turut dihadiri oleh ibu tercintanya walaupun hadir dengan berkerusi roda kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Ibu Ashraf Anuar Menitis Air Mata Melihat Kejayaan SVG X Neonate.

Tidak hanya itu, bapa Ashraf turut diundang untuk membuat kemunculan istimewa apabila memperagakan koleksi terbaharu SVG x Neonate bersama-sama dengan 80 model lain.

Ashraf menerusi satu luahan di Instagram peribadinya turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ibu serta seluruh keluarga yang hadir memberi sokongan.

“Kesemua ahli keluarga saya juga hadir terutama ibu tercinta walaupun dalam keadaan kurang sihat. Beliau tetap gagahkan diri untuk hadir ke pertunjukan fesyen anaknya.

“Terima kasih kerana mendidik Ashraf Anuar sehingga ke hari ini ibu. Ini semua untuk ibu semoga acara ni juga menjadi penguat semangat untuk ibu sihat seperti sediakala,”tulisnya

Ibu Ashraf Anuar Menitis Air Mata Melihat Kejayaan SVG X Neonate.

Ketika acara pertunjukan fesyen itu berlangsung, Ashraf memperkenalkan ibunya di hadapan lebih 3,500 tetamu yang hadir.

Dalam suasana yang penuh hiba, ibu Ashraf gagal menahan air mata sebaik melihat kejayaan anaknya itu.

Malah Ashraf turut membawa ibunya yang berkerusi rosa mengelilingi ‘runway’ terpanjang yang dianggarkan 800 meter.

Ibu Ashraf Anuar Menitis Air Mata Melihat Kejayaan SVG X Neonate.

Suasana menjadi penuh gamat dengan sorakan peminat fesyen jenama itu yang kagum dengan kehebatan Ashraf selain dilihat sentiasa mengutamakan keluarga.

Dalam pada itu, Ashraf turut berkongsi rasa teruja apabila SVG dan Neonate yang bertemakan ‘Race Day’ melakar sejarah baharu apabila menjadi jenama pertama yang berjaya membuat sebuah pertunjukan fesyen di SIC.

“Terima kasih buat yang hadir dari jauh, berpanas dari pagi hingga ke malam demi pertunjukan fesyen kami.

“Harap semuanya berpuas hati dengan apa yang kami tampilkan dan tidak lupa juga buat rakan penaja utama De’xandra, Vapeboss Malaysia kerana percaya dengan kemampuan kami,” katanya.

Untuk rekod video Ashraf yang memperkenalkan ibunya dalam majlis pertunjukan fesyen SVG x Neonate itu ditonton lebih 130,000 dan meraih lebih 600 komen.

Ibu Ashraf Anuar Menitis Air Mata Melihat Kejayaan SVG X Neonate.

Bertemakan ‘Race Day’, pertunjukan Neonate X SVG itu diadakan sehari sebelum jadual rasmi Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23).

Lebih 83 koleksi ‘Race Day’ diperagakan dengan pembabitan 80 model pilihan Neonate dan SVG. Separuh model yang membuat kemunculan di atas trek lumba dipilih menerusi uji bakat yang dijalankan pada Jun lalu.

Seramai 10 Muse diperkenalkan pada acara ini seperti MK K-Clique, Saixse, Haneesya Hanee, Qawiy (TikTok) dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Debaran Separuh Akhir Bintang Kecil 2023, Ahad Ini di TV2

Nadeera Mahu Terus Kukuhkan Perjalanan Bidang Seni Menerusi EMAS