in , , ,

Daiyan Trisha & Ben Amir Digosipkan Bercinta Setelah Tular Foto Keluar Sarapan Berdua

Sekeping gambar menunjukkan Daiyan Trisha & Ben Amir sedang duduk bersarapan berdua di sebuah café di ibu kota telah tular. Malah Daiyan Trisha dan juga Ben Amir ada muatnaik gambar makanan mereka di laman media Instagram masing-masing. Lalu, ada netizen yang mengandaikan mungkin mereka sedang dalam peringkat mahu kenali hati budi masing-masing. Tak kurang ada juga berpendapat kemungkinan mereka sedang berbincang projek atau berkaitan kerja, semua boleh jadi.

Sekarang ini antara selebriti yang menjadi idola remaja di Malaysia ialah Daiyan Trisha dan juga Ben Amir. Kedua mereka ini masing-masing sedang mencipta nama serta dah mempunyai ribuan dan jutaan peminat. Ada satu perkhabaran baik buat peminat untuk kedua-dua selebriti terkenal ini apabila mereka berdua telah dilihat keluar makan bersama di satu kedai makan.

Melalui laporan dari portal Gempak, ada netizen yang ternampak kedua artis ini sedang duduk makan bersama di satu café di ibu kota. Ini gambar yang sedang tular.

Daiyan Trisha & Ben Amir Digosipkan Bercinta Setelah Tular Foto Keluar Sarapan Berdua

Kedua mereka dilihat menikmati sarapan bersama-sama. Malah Daiyan Trisha dan juga Ben Amir ada muatnaik gambar makanan mereka di laman media Instagram masing-masing.

Memang jelas dapat dilihat meja latar belakang gambar makanan itu memang sama. Dari instastory itu, Ben Amir menulis perkataan hungry manakala Daiyan pula dilihat menulis not even hungry. Daiyan turut menulis ketika itu waktunya adalah sekitar jam 9 setengah pagi.

Daiyan Trisha & Ben Amir Digosipkan Bercinta Setelah Tular Foto Keluar Sarapan Berdua
Daiyan Trisha & Ben Amir Digosipkan Bercinta Setelah Tular Foto Keluar Sarapan Berdua

Banyak persoalan yang bermain setelah gambar mereka tersebar. Ada yang mengatakan mungkin mereka sedang dalam stage nak kenali hati budi masing-masing.

Ada juga berpendapat kemungkinan mereka sedang berbincang projek atau berkaitan kerja, semua boleh jadi.

Jika di teliti, kedua mereka memang dah follow instagram masing-masing, malah ada mengatakan sejak hujung tahun lalu lagi saling ikuti antara satu sama lain.

Daiyan Trisha & Ben Amir Digosipkan Bercinta Setelah Tular Foto Keluar Sarapan Berdua
Daiyan Trisha

Daiyan Trisha merupakan popular sebagai pelakon dan juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Inggeris seperti Stargazing, dan I Want To See You. Daiyan juga banyak cover banyak lagu dan pernah beberapa kali viral.

Ben Amir mempunyai ramai peminat sejak berlakon Sweet Dream dan drama Chandelier. Antara trademark Ben Amir ialah mempunyai rambut yang panjang dan cantik.

Kita tunggu nanti kenyataan dari kedua mereka, Daiyan Trisha dan Ben Amir tentang gambar berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akhirnya Terjawab Sudah Hubungan Sebenar Neelofa & PU Riz

Netizen Tak Setuju Alvin Chong Keluar dengan Athalia Deena Buswani?