in , ,

Ben Amir Dedah Dirinya Mengalami Atelophobia, Takut Gagal & Ketidaksempurnaan

Kalau kita rasa sesuatu yang tak betul berlaku ke atas diri kita, seharusnya kita kena tahu apakah punca dan apakah sebenarnya yang berlaku dengan merujuk kepada pakar. Seperti mana apa yang dialami oleh Ben Amir yang mengakui dirinya mengidap Atelophobia.

Pelakon yang sedang meningkat naik, Ben Amir telah memuat naik satu hantaran di Instagram yang menunjukkan sebuat foto berwarna hitam dan putih dirinya dengan disertakan kapsyen mengenai Atelophobia.

“Atelophobia, the fear of Imperfection. The fear of never being good enough.

“Who’s with me?”

– ben amir

Menerusi carian, Atelophobia adalah sejenis fobia di mana seseorang individu itu menunjukkan rasa takut yang ekstrem jika gagal untuk mencapai kesempurnaan dalam setiap tindakan.

BEN AMIR

Penghidap fobia ini diklasifikasikan sebagai memiliki anxiety disorder yang boleh memberikesan terhadap perhubungannyadan kebiasaannya mengalami stress yang agak teruk terhadap apa yang mereka katakan atau lakukan.

Malah, ia juga boleh membuatkan seseorang menjadi tidak yakin atau rendah diri dengan keadaan sekeliling.

Menerusi ruangan komen, rata-rata para pengiku Ben Amir meninggalkan komen yang positif antaranya menyatakan bahawa setiap orang mempunyai kekurangan tersendiri.

“Nobody is perfect, everyone has flaws, so embrace it, it makes you a better person, ben” – Rosminayusof

“Nope. You’re good enough/perfect for something/someone you’re meant to be good enough/perfect for. Just trust yourself. ” – Amyismail72

Atelophobia BEN AMIR

Untuk rekod, Ben merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan yang dimana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Apabila Hero Remaja tamat, Ben ditawarkan membintangi drama Fira Ayuni lakonan Faralyna Idris, seterusnya berlakon di samping rakan seperjuangannya, Fattah dan Nur Risteena dalam drama adaptasi novel Playboy Itu Suami Aku.

Ben Amir mula berlakon dalam filem pada 2015 menerusi filem Romeo Kota arahan Aaron Aziz lakonan Aaron sendiri dan pelawak Nabil Ahmad.

Nama Ben Amir mula meningkat nai pada pada tahun 2016, yang mana beliau berlakon sebagai Dr. Muslim atau Mus dalam drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot lakonan Neelofa dan Fattah Amin.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Aznil Nawawi Tampil Dengan Program Realiti Dalam Talian Terbaharu hurr.tv JUAL LETOP

Apple One Kini Ditawarkan di Malaysia, Ini Cara Untuk Melanggan Service Bundle Ini