in ,

Netizen Tak Setuju Alvin Chong Keluar dengan Athalia Deena Buswani?

Nama Alvin Chong disebut menjadi topik hangat di Twitter malam Sabtu lalu. Ia tercetus selepas beberapa video TikTok yang dibuat bersama selebriti media sosial yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina bernama Athalia Deena Buswani telah viral.

Alvin Chong merupakan pelakon yang pernah popular menerusi beberapa buah drama bersiri seperti Suri Hati Mr Pilot, Awak Suka Saya Tak, dan banyak lagi. Malah Alvin juga merupakan sahabat baik kepada Emma maembong dan Fattah Amin. Dalam perkembangan terkini, ada satu kisah tentang Alvin Chong yang jadi bualan di laman media sosial sejak hujung minggu lalu.

Netizen Tak Setuju Alvin Chong Keluar dengan Athalia Deena Buswani?

Ini setelah ada video menunjukkan Alvin keluar dengan seorang gadis bernama Athalia Deena Buswani.

Gadis ini rupanya masih lagi seorang pelajar sekolah menengah dan berumur 17 tahun, ini sekaligus membuatkan warga maya rasa kurang sesuai dan tak patut.

Ditambah lagi, rupanya Athalia ini agak popular di sosial media dan merupakan anak kepada penyanyi lagu Langit Ketujuh iaitu Sharifah Zarina.

Kerana keakraban antara Alvin Chong dan Athalia, ada menyatakan persoalan adakah mereka jalin hubungan percintaan. Sekiranya benar, memang ramai yang tak setuju.

Netizen Tak Setuju Alvin Chong Keluar dengan Athalia Deena Buswani?

Ini komen seorang netizen: 

“Alvin ni hendak masuk umur 30 tahun dah manakala Athalia baru nak SPM untuk tahun ini, jail lah.

“Alvin Chong kini 29 tahun dan Athalia baru 17 tahun, sesiapa rasa relationshio ini okay kah”.

Ada juga netizen menganggap ramai yang mempersoalkan isu ini kerana ada rasa cemburu kepada Alvin Chong.

Setelah kisah antara mereka jadi tular, Athalia tampil beri penjelasan. Kata gadis ini hubungannya dan Alvin hanya kawan saja dan mereka tiada hubungan istimewa pun.

Kemudian, ibu kepada Athalia juga ada beri respon tentang hal ini. Sharifah Zarina sempat memberi respon setelah menonton video antara anaknya dengan Alvin Chong.

Dengan sportingnya Sharifah Zarina ada buat video balas. Ianya dibuat secara seloroh dan berlawak sahaja, macam parody lah.

“Anakku tu nampak bukan main lagi, katanya nak keluar pergi study. Nasib baik kau keluar dengan artis kacak ya. Cute orangnya”.

Itulah respon balas dari Sharifah Zarina tentang hubungan anaknya dengan Alvin Chong.

Netizen Tak Setuju Alvin Chong Keluar dengan Athalia Deena Buswani?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daiyan Trisha & Ben Amir Digosipkan Bercinta Setelah Tular Foto Keluar Sarapan Berdua

12 Langkah Untuk Pengalaman Menonton Filem Netflix Terhebat