in , ,

Ben Amir & Siti Saleha Bintang & Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke-8

Tahniah buat pelakon Ben Amir dan Siti Saleha yang berjaya mengungguli malam kemuncak Anugerah Telenovela kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (PWTC) pada malam Sabtu.

Pelakon Popular Siti Saleha dan Ben Amir dinobatkan sebagai Ratu Telenovela dan Bintang Telenovela pada malam kemuncak Anugerah Telenovela kali ke-8 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

Saleha dan Ben dinobatkan sebagai Bintang Telenovela dan Ratu Telenovela sebagai pencapaian terbaik dalam drama lakonan mereka sebelum ini. 

Ben Amir & Siti Saleha Bintang & Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke-8

Meluahkan rasa syukur atas kemenenagan tersebut, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, memberitahu anugerah berkenaan juga menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras.

“Ini pertama kali dalam hidup dapat tiga anugerah sekaligus dalam satu malam.

“Tahun ini tahun kesepuluh saya berlakon. Jadi sangat berbaloi dengan apa yang dilakukan selama ini.

“Semoga anugerah ini menjadikan saya lebih semangat untuk berkarya,”

– BEN AMIR

Ben yang sudah sedekad berkecimpung dalam bidang lakonan juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular bagi tahun 2019 dan 2020. 

Ben Amir & Siti Saleha Bintang & Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke-8

Sementara itu Seleha, 33, tidak menafikan populariti drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama dan kedua telah banyak melonjakkan namanya sehingga berjaya menerima anugerah tersebut.

“Alhamdulillah… dah masuk musim ketiga. Sambutan untuk musim pertama dan kedua sangat hangat. Semua orang suka watak tersebut.

“Semestinya anugerah ini satu cabaran buat saya. Saya dan krew produksi sentiasa rasa tertekan untuk buat lebih baik setiap musim,” ujarnya. 

– Siti Saleha
Ben Amir & Siti Saleha Bintang & Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke-8

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Saleha, 33, mengakui populariti drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama dan kedua yang berjaya melonjakkan namanya untuk menerima anugerah terbabit.

“Alhamdulillah, a big win (kemenangan besar) untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 semalam. 

“Kami dinobatkan untuk telenovela paling popular 2020, novel popular dan pelakon popular, terima kasih kasih Anugerah Telenovela,” tulisnya.

Saleha juga mengucapkan terima kasih kepada peminat setia drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang sentiasa menyokong sepanjang tiga musim drama itu bersiaran di TV3.

“Terima kasih kepada peminat setia drama ini yang sentiasa support (sokongan) sepanjang tiga musim. You are the best (anda semua terbaik) dan sayang korang,” tulisnya. 

Saleha turut membawa pulang Pelakon Wanita Telenovela Popular 2020.

Malam anugerah tersebut juga menobatkan karya Ayahanda sebagai Telefilem Terbaik.

Sementara itu Beto Kusyairi menerima Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik dan Fatimah Abu bakar bagi kategori wanita.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Mohon Maaf Batal ‘Show’, Aafiyah Terjatuh Dari ‘Scooter’

AVENYS

Aleeya Zailan Luah Sebak Rai Kejayaan Tanpa Bonda Tercinta di Sisi