in , ,

Dafi Luah Rasa Bangga Bapa Dilantik Jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Siapa yang tidak bangga jika bapa sendiri menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan? Pastinya anak akan rasa bangga dengan pencapaian ayahnya. Tahniah Dafi!

Begitulah yang dirasai oleh penyanyi dan pelakon Dafi selepas bapanya Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Memetik laporan yang diterbitkan oleh Harian Metro, Dafi meluahkan rasa bangga dengan pelantikan berkenaan selain terus menyokong amanah yang dipikul bapanya untuk negara.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,”

– Dafi
DAFI

Kongsi Dafi, dia sendiri melihat bapanya yang sentiasa bekerja keras tanpa mengenal erti penat, sungguhpun tidak ramai yang menghargai segala usaha keras yang dilakukan oleh Ismail.

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja.

“Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan. Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya. Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,”

– Dafi

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Ahli Parlimen Bera itu akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ismail juga kekal dengan portfolio Menteri Pertahanan.

Sumber: Harian Metro
Sumber foto: Instagram Dafi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lepas Muhyiddin Lantik Ismail Sabri Jadi TPM, Ini Yang Berlaku Kepada Zahid Hamidi

UMNO Tarik Balik & Menamatkan Sokongan Terhadap Muhyiddin Dengan Serta-Merta