in ,

Lepas Muhyiddin Lantik Ismail Sabri Jadi TPM, Ini Yang Berlaku Kepada Zahid Hamidi

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Pelantikan ini dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

“Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri.

“Selain itu, Muhyiddin bersetuju Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

30 Ahli Parlimen Umno Didakwa Setuju Ahmad Zahid Perlu Letak Jawatan

PELBAGAI desas-desus timbul mengenai landksap politik di negara ini.

Terbaharu, seramai 30 Ahli Parlimen Umno didakwa bersetuju supaya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno demi kebaikan parti tersebut.

Menurut laporan Astro Awani, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin berkata, keputusan itu telah disepakati dalam satu mesyuarat yang diadakan di Wisma Pahlawan baru-baru ini.

Katanya, senarai itu melibatkan mereka yang berstatus menteri dan timbalan menteri.

“Ahmad Zahid mencadangkan Ahli Parlimen Umno, menteri, timbalan menteri letak jawatan dan tarik sokongan daripada kerajaan.

“Jadi kita berbincang bersama Ahli Parlimen UMNO, jika kita letak jawatan, parti untung ke? Ahmad Zahid letak jawatan, parti untung.

“Kalau kita letak jawatan, pertama sekali kita tiada peruntukan. Pegawai yang kita lantik berhenti kerja, kita kena menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai pembangkang. Umno tidak pernah menghadapi PRU sebagai pembangkang, tidak pernah, ” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, sekiranya Ahmad Zahid berjiwa besar melepaskan jawatannya itu, Umno berpotensi untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat pada PRU akan datang.

Menurutnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu mencontohi pemimpin parti terdahulu yang mengundurkan diri ekoran terlibat dengan kes rasuah di mahkamah.

“Kalau Ahmad Zahid letak jawatan, kita pasti ramai rakyat akan sokong Umno. Pemimpin Umno dahulu, siapa ada kes mahkamah, dia akan letak jawatan. Ini bagi memastikan kita mengemukakan pemimpin yang bersih dan dapat sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional.

“Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, mereka letak jawatan.

“Tiba-tiba Ahmad Zahid tak letak jawatan? Sudah tentu dalam pilihan raya tiada yang menyokong UMNO, kalau dia letak jawatan sudah tentu rakyat akan kembali sokong Umno,” ujarnya.

Satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno difahamkan akan diadakan secara maya pada malam ini di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur dipercayai antara lain bagi membuat keputusan sama ada parti itu akan keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.

Ahli UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Zahid

SEREMBAN – Seorang ahli UMNO membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai terhadap presiden parti tersebut, yang didakwa terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan pada Rabu.

Menurut ahli UMNO yang enggan dinamakan itu, dia membuat laporan tersebut selepas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengakuan terhadap rakaman bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular, baru-baru ini.

“Laporan polis dibuat pada jam 11 pagi tadi (Rabu), mengenai pengakuan Presiden UMNO tentang suaranya yang tular serta pendedahan percakapan beliau bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

*Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lucinta Luna Bangga Dedah 28 Orang Pelakon Pernah Tidur Bersamanya

Dafi Luah Rasa Bangga Bapa Dilantik Jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia