in

Coca-Cola Berikan Keceriaan Melalui Komuniti Usahawan Coca-Cola

Pemilik perniagaan kecil memperoleh kelebihan teknologi mobile untuk Ramadan, manakala golongan kurang bernasib baik menikmati hidangan menyelerakan daripada Coca-Cola.

Coca-Cola Malaysia akan memperkasakan kira-kira 3,000 pengusaha gerai makanan di bazar Ramadan di seluruh negara tahun ini menerusi program keusahawanannya Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU) dengan menggunakan aplikasi telefon yang menyediakan mereka dengan latihan perniagaan asas.

Muslim Aid, Coca-Cola and Marrybrown brings joy to deserving communities

Kira-kira 300 peserta terpilih akan turut dibantu dengan barangan tarikan jualan Coca-Cola seperti apron, topi, alas meja dan papan menu yang membuatkan gerai makanan mereka menyerlah di bazar makanan Ramadan popular.

Dilancarkan tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, program latihan Coca-Cola KU direka untuk membimbing usahawan mikro ke arah kejayaan dengan menyediakan mereka pengetahuan dan latihan yang diperlukan untuk meningkatkan perniagaan mereka.

Happy children after the iftar event at MYDIN Kubang Kerian

Program di Malaysia merupakan sebahagian daripada komitmen antarabangsa syarikat untuk pemerkasaan ekonomi 5 juta usahawan wanita di seluruh rantaian nilai syarikat menjelang 2020 menerusi inisiatif 5by20 yang dilaksanakannya, di mana Coca-Cola KU bermatlamat untuk memperkasakan 20,000 usahawan wanita menjelang tahun 2020. Meskipun ia mensasarkan golongan wanita, Coca-Cola KU turut menggalakkan penyertaan golongan lelaki.

Sementara itu, Coca-Cola sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia untuk program amal tahunan yayasan berkenaan, Fast2Feed yang menyediakan minuman menyegarkan, makanan berkhasiat dan keceriaan kepada lebih daripada 5,000 golongan kurang bernasib baik di Semenanjung Malaysia.

Satu daripada projek utama Muslim Aid Malaysia yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan, Fast2Feed menyaksikan anak-anak yatim, kanak-kanak daripada keluarga miskin, penghuni rumah orang-orang tua, Orang Asli dan pelarian menerima hidangan berbuka puasa, bakul makanan, duit Raya dan pakaian baru supaya mereka dapat meraikan bulan puasa dan Hari Raya dengan keceriaan.

Pada acara tahun ini, pasukan Muslim Aid Malaysia mengembara tanpa erti penat untuk membawakan keceriaan musim perayaan di 24 lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Chicken rice seller Azizah Bt. Abu Bakar from Kampung Pasir received a boost with Coca-Cola KU mobile app training

Ketika mereka menantikan waktu berbuka puasa, kanak-kanak tersebut akan dihiburkan dengan aktiviti seni dan kraf seperti mewarna dan menganyam ketupat. Kakitangan Coca-Cola daripada cawangan seluruh negara akan menyertai mereka di setiap lokasi, yang mana kakitangan ini akan membantu menghidangkan juadah berbuka puasa dan mengendalikan aktiviti berkenaan.

Kerjasama yang bermula sejak tahun 2010, Coca-Cola terus memberi sokongan kepada kerja amal Muslim Aid Malaysia untuk golongan kurang bernasib baik dan tahun ini, untuk membawakan sentuhan cita rasa tempatan, ia turut melibatkan rakan kongsinya seperti Marrybrown, Mydin, Jaya Grocer, Maslee Group, ASTRO, PNB Commercial dan Zenith Aim Group untuk hadir bersama pelbagai barangan sumbangan bagi lebih menceriakan suasana.

“Mengunjungi gerai makanan Ramadan merupakan sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia sepanjang Ramadan dan bazar turut menyediakan peluang yang tepat untuk usahawan kecil memperoleh pendapatan lebih, justeru kami sangat gembira untuk melihat sumbangan berterusan program Coca-Cola KU. Dan disebabkan berbuka puasa adalah saat istimewa sepanjang Ramadan, kami juga berbesar hati dapat memberi sokongan dan menjadi sebahagian daripada kerja murni yang dilakukan oleh Muslim Aid Malaysia yang turut menjadikannya istimewa buat mereka yang tidak berpeluang untuk menikmatinya,” kata Pengurus Negara, Rantau Malaysia, Singapura and Brunei, Syarikat Coca-Cola, Ahmed Yehia.

“Kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kami, sama ada mereka rakyat tempatan atau golongan pelarian. Melihat senyuman mereka pada acara kami tentu sekali akan mencetus kegembiraan kepada semua yang hadir. Kami berharap rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang akan turut mengambil bahagian dalam Fast2Feed,” kata Habsah Marjuni, Ketua Pegawai Operasi Muslim Aid Malaysia.

Stall owner Mariam Bt. Musa from Pekan Rabu, Tampoi (right) and friends takes advantange of the Coca-Cola KU training

L-R_Muslim Aid Malaysia Chairperson, Wan Rusli Wan Muda and Datuk Rosnah Majid representing Coca-Cola hands over food basket to communities in need

Datuk Rosnah Majid serves up food to young guests at Masjid Al-Ubudiah in Ampang on the first day of Ramadan

Syarikat Coca-Cola di Malaysia
Sebagai tambahan kepada Coca-Cola, salah satu jenama paling bernilai di dunia, sistem Coca-Cola di Malaysia mengeluar, memasar dan mengedarkan lebih daripada 80 produk meliputi minuman berkarbonat (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman berkarbonat tanpa kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minum jus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonik (Aquarius) dan air (Dasani).

Coca-Cola telah melabur RM1 bilion di Malaysia sejak 2010, mencipta lebih daripada 800 pekerjaan dan menyentuh lebih daripada 75,000 pelanggan secara langsung dengan jumlah capaian lebih daripada 200,000 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur . Menerusi program dan perkongsiannya, Coca-Cola Malaysia bermatlamat untuk memberikan perubahan positif yang berkekalan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Daripada projek kitar semula menerusi perkongsian dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysia Nature Society) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), bekerjasama dengan Raleigh International dan Muslim Aid Malaysia untuk menyediakan capaian kepada air bersih buat lebih daripada 22,000 penduduk kampung di pedalaman Sabah, dan secara ekonominya memperkasakan wanita menerusi program keusahawanan Coca-Colaku, Coca-Cola komited untuuk membina masyarakat yang mampan di Malaysia.

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid adalah sebuah pertubuhan pembangunan bukan politik, yang diilhamkan daripada nilai-nilai Islam dan bekerja dari sudut pandangan Islam tanpa mengira agama, warna kulit dan kepercayaan. Muslim Aid memberi perhatian kepada golongan anak yatim, pelarian dan mereka yang terabai, golongan miskin dan mangsa malapetaka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO R15 Pro Available for Pre-Order

Faezah Elai, Zahiril Adzim & Fauziah Nawi Dalam Telemovie Kerantung