in

Celcom & Grab Jalin Kolaborasi Mencetus Gaya Hidup Digital

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama dengan perkhidmatan pengangkutan digital, Grab. Kerjasama yang dijalinkan ini akan memberikan pelanggan Celcom yang menggunakan atau menjadi pemandu GrabCar menikmati manfaat yang istimewa.

Picture 3

Semua pelanggan Celcom yang menggunakan rangkaian Lightning Fast 4G LTE akan menikmati :

• tiada caj ke atas kuota internet bagi penggunaan aplikasi GrabCar
• khidmat GrabCar secara percuma serta diskaun sebagai salah satu daripada program kesetiaan.

Sebagai ganjaran kepada pemandu setia GrabCar yang juga merupakan pelanggan Celcom, mereka akan ditawarkan dengan pelbagai pilihan peranti yang sesuai dengan rangkaian Celcom Lightning Fast LTE bersama langganan pelan Celcom First™.

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata Celcom amat teruja untuk bekerjasama dengan perkhidmatan pengangkutan digital seperti Grab, kerana ia bakal memberikan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan mereka dan pemandu GrabCar.

Picture 4

“Kami berharap untuk terus berinovasi bersama Grab dan memberi perkhidmatan pengangkutan terbaru ini, khusus untuk pelanggan Celcom dan juga pemandu GrabCar yang bakal menikmati kelancaran rangkaian Celcom bagi menjalankan aktiviti harian mereka,” katanya lagi.
Sean Goh, Ketua Rantau Malaysia berkata kerjasama ini adalah sangat ideal kerana kedua-dua pelanggan dan pemandu Grab bukan sahaja akan menikmati perjalanan yang lebih baik, malah dapat membantu mereka dari segi kewangan.

“Sebagai sebuah perkhidmatan pengangkutan digital, kedua-dua pemandu dan penumpang bergantung pada rangkaian mudah alih, khususnya untuk pemandu kami yang sentiasa ingin memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang mereka. Memandangkan kebergantungan rakan pemandu yang sangat tinggi kepada peranti mudah alih, kerjasama ini bakal memberi manfaat dalam mengurangkan kos penggunaan peranti mudah alih, serta membantu pemanduan yang lebih efisyen,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my atau http://grb.to/celcomloyalty

Picture 2

Picture 1

Mengenai Celcom Axiata Berhad
Celcom ialah penyedia rangkaian data yang terkemuka di Malaysia, dengan 10.2 juta pelanggan. Ditubuhkan pada 1988, ia menyediakan rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE terbesar di negara ini, meliputi lebih 98% daripada penduduk. Sebagai penyedia perkhidmatan jalur lebar mudah alih dan korporat terbesar pada hari ini, Celcom kini menuju ke arah perkhidmatan berbilang akses dan multimedia, sejajar dengan teknologi dan tingkah laku pengguna yang kian berkembang di Malaysia. Budaya yang meletakkan pelanggan di tempat PERTAMA dipaparkan dalam perkhidmatan pelanggan dan produk pemenang anugerah dan kejayaan korporatnya yang lain di peringkat serantau. Celcom ialah sebahagian daripada Kumpulan Syarikat Axiata, salah sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia, dengan hampir 300 juta pelanggan di 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom, layari http://www.celcom.com.my

Mengenai Grab
Grab ialah platform pengangkutan digital dan platform pembayaran mudah alih terunggul di Asia Tenggara. Grab menyelesaikan keperluan pengangkutan yang kritikal dan merealisasikan kebebasan pengangkutan bagi 620 juta orang di Asia Tenggara. Teras platform produk Grab ialah penyelesaian masalah pengangkutan untuk pemandu dan penumpang dengan mengutamakan kemudahan, keselamatan dan kebolehpercayaan serta platform pembayaran mudah alih eksklusifnya, GrabPay.

Perkhidmatan Grab boleh didapati di 55 bandar seluruh Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.grab.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahirah MacWilson Martabatkan Irama Ghazal Dalam Telemovie GHAZAL YANG HILANG

Senarai Peserta Da’i pendakwah Nusantara Musim Ke-5