in , ,

Penyanyi Popular Bakal Hiburkan Pengunjung RIUH SOKMO! Bersama Celcom

Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) diteruskan tahun ini dengan edisi keempat, ‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ dari 16 hingga 18 September di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh, Kelantan.

Acara ini dianjurkan oleh K-KOMM melalui Kumpulan MyCreative, program KRKM merupakan satu inisiatif memberi tumpuan kepada menggiatkan semula sektor kreatif negara dan memperkasakan aktiviti tempatan, usahawan, dan pengamal industri kreatif.

Yang menariknya, ‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ akan menampilkan persembahan daripada artis terkenal negara iaitu Wings, Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi. 

Wings Bakal Gegarkan Sunday Night Live di Hard Rock Cafe
Wings
KUGIRAN MASDO
Kugiran Masdo
Ramli Sarip

Pengunjung boleh menikmati dan menimba banyak pengalaman dengan pelbagai tarikan termasuk barangan kreatif tempatan, persembahan kebudayaan dan kreatif, bengkel, pameran seni, gerai, pelbagai makanan dan minuman dan banyak lagi.

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang akan merasmikan acara ini pada 17 September 2022 (hari Sabtu) jam 8 malam di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh, Kelantan

Anda semua dijemput untuk memeriahkan acara ini kerana masuk adalah PERCUMA!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Galaxy Buds2 Pro, Galaxy Buds Pertama Mengawasi Postur Anda!

MIRACLE

Dari Syarikat Kecil, Kini Miracle Group of Companies  Terus Berkembang & Sukses