in ,

BSN & ASTRO RADIO Bergabung Sebar Kebaikan

BSN dengan kerjasama stesen-stesen radio di bawah naungan Astro Radio iaitu ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar akan berganding bahu menjalankan aktiviti kebajikan bagi menjayakan kempen #BSN40Kebaikan – Semarakkan Semangat, Sebarkan Kebaikan. Kempen #BSN40Kebaikan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat ukhwah di kalangan masyarakat Malaysia di samping menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

BSN & ASTRO RADIO Bergabung Sebar Kebaikan

BSN DAN ASTRO RADIO BERGANDING BAHU SEBAR KEBAIKAN
Kempen #BSN40Kebaikan Semarakkan Semangat, Sebarkan Kebaikan

#BSN40Kebaikan adalah bersempena dengan ulang tahun BSN ke 40 tahun di mana 40 kebaikan akan dilaksanakan di seluruh negara dengan menyebarkan kebaikan dan keceriaan terutamanya menjelang bulan Ramadan yang mulia.

“Akhir-akhir ini, terdapat pelbagai tragedi buruk menimpa negara kita seperti kapal terbang terhempas, banjir dan yang terbaharu gempa bumi di Sabah. Perkara-perkara ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita. Diharapkan dengan pelaksanaan kempen ini sedikit sebanyak memberi keceriaan dan kegembiraan kepada kita rakyat Malaysia.”, kata En Siew Kin Meng, Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan untuk kempen ini adalah menyampaikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua, mengunjungi dan menyampaikan duit raya kepada pesakit kanak-kanak yang menghidapi kanser di beberapa hospital, membantu membersihkan masjid, memberikan tiket bas dan keretapi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin pulang ke kampung halaman, membelanja kad isian semula mereka dan banyak lagi.

Kempen ini juga menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan memuat naik teks (status update), gambar ataupun video aktiviti kebajikan mereka atau orang lain ke media sosial dengan menggunakan #BSN40Kebaikan. Bagi setiap hashtag yang dimuat naik, BSN akan menderma RM 1 kepada tiga (3) organisasi yang dipilih oleh BSN iaitu Rumah Kebajikan Nur Ehsan di Kempas, Johor, wad Pediatrik atau pesakit kanak-kanak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras.

“Kami amat berbangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan BSN bagi menjayakan kempen #BSN40Kebaikan ini. Inisiatif ini bukan sekadar untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang bakal tiba, malah ianya juga dapat menyatukan rakyat Malaysia dengan sama-sama melakukan kebaikan.”, kata Norfuziana Ahamed selaku Naib Presiden Bahagian Pengurusan dan Penjualan Astro Radio.

Pihak BSN dan Astro Radio akan menjalankan dan menyampaikan bantuan kepada masyarakat Malaysia di seluruh negara bermula daripada hari ini hingga 3 Julai 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti dan lokasi kempen #BSN40Kebaikan, sila layari www.bsn40kebaikan.com.my dan bersama kita semarakkan semangat, sebarkan kebaikan.

BSN & ASTRO RADIO Bergabung Sebar Kebaikan

Mengenai Bank Simpanan Nasional (BSN)

Menjangkau 40 tahun berkhidmat, BSN bermodalkan mandat kerajaan untuk memperkasakan tabiat menyimpan di kalangan rakyat Malaysia, telah memperluaskan peranannya dengan menyediakan akses dan pelbagai saluran kemudahan perbankan kepada segenap lapisan komuniti di Malaysia. Kini BSN mempunyai lebih 7,000 orang kakitangan, 402 cawangan, 882 mesin teller automatik (ATM), 364 mesin deposit tunai (CDM) di seluruh negara dan lebih 6,000 Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN di seluruh negara. BSN mempunyai lebih 9.1 juta pelanggan di seluruh Malaysia dengan simpanan runcit berjumlah RM 13.6 billion. (sehingga Mac 2015)

BSN merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kewangan dan ditubuhkan pada 1 Disember, 1974. Semenjak penubuhannya, semua tugas dan tanggungjawab di bawah Bank Simpanan Pejabat Pos telah diambil alih oleh BSN. Misi BSN ialah untuk menggalakkan tabungan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang bijak di kalangan rakyat Malaysia sejajar untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup mereka.

BSN telah melaksanakan inisiatif utama melalui proses transformasi dan perubahan baru bagi memastikan ia terus berdaya saing. BSN akan terus mempertingkatkan perkhidmatan serta memperkembangkan produk-produk perbankan untuk kemudahan pelanggan. Produk-produk teras BSN termasuklah Pinjaman Persendirian, Pinjaman Perumahan, Pembiayaan Mikro Kewangan, Sijil Simpanan Premium, Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan GIRO, Kad Debit BSNMatrix dan BSN Matrix-i dengan kemudahan MEPS, Kad Kredit VISA, Kad Debit VISA beserta payWave dan Mastercard. BSN juga menyediakan perkhidmatan Perancangan Kewangan yang merangkumi Perubatan, Takaful/Insurans dan Penulisan Wasiat. Untuk maklumat lanjut mengenai BSN, layari laman sesawang www.mybsn.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Liza Zainol Teruja Jadi Hos Program Masakan Jelajah Rasa Pegro

Kem Motivasi SAYA BOLEH Anjuran Colgate Pupuk Keyakinan Diri