in

Chef Liza Zainol Teruja Jadi Hos Program Masakan Jelajah Rasa Pegro

PEGRO (Perak Agro) dengan usahasama Destination Perak telah bekerjasama dengan Chef Liza Zainol untuk menerbitkan sebuah program masakan bersiri “Jelajah Rasa Pegro” yang berkonsepkan travelogue iaitu Kembara sambil berkongsi idea, rasa dan pengalaman.

Chef Liza berkongsi citarasa bersama penonton dengan 30 resepi masakan dengan menggunakan produk-produk keluaran PEGRO seperti Fillet Tilapia Beku, Udang Segar Beku, Sotong Segar Beku, Jus Jamu Halia Kunyit, Jus Kunyit, Teh Misai Kucing, Teh Gaharu, Madu Kelulut, Kinta Melon dan lain-lain lagi. Produk-produk ini boleh didapati di Outlet PEGRO Silibin dan Outlet PEGRO Casuarina@Meru.

LOGO jelajah rasa pegro

Program Masakan Jelajah Rasa Pegro, Sepanjang Ramadan Ini di TV2. Program masakan yang pertama menggunakan dron shot, Jelajah Rasa Pegro bermula…

Penggunaan aerial dron shot merentas landskap mukabumi di negeri Perak dan beberapa destinasi-destinasi pelancongan yang menarik akan membawa penonton lebih dekat untuk menikmati keindahan serta berkongsi pengalaman dan rasa bersama Hos Selebriti Chef Liza Zainol dan tetamu-tetamu undangan, memasak dengan pelbagai sajian istimewa menggunakan produk-produk keluaran PEGRO.

Antara destinasi-destinasi pelancongan pilihan kali ini adalah Gua Tempurung, Sangkar Ikan Tilapia di Tasik Temenggor Banding, Masjid Ubudiah Bukit Chandan di Kuala Kangsar, Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang, Sungai Selinsing di Hutan Paya Laut Matang, Zoo Taiping & Night Safari di Taiping, Hotel Casuarina@Meru, Ladang Madu Kelulut di Syamille Agro Farm & Resort Kati Kuala Kangsar dan lokasi istimewa Outlet PEGRO di Silibin.

Turut menjayakan siri jelajah ini adalah selebriti pendakwah Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, personaliti RTM Tazneem Faisal dan Hezril Rahil, artis Roslan Madun, Dato’M. Daud Kilau, pelakon dan pengarah Zulhuzaimi Marzuki, penyanyi Nas Adila Mohd Dan, Penyanyi Mohamad Aliff Mohd Razali, Chef Suhaimi Mohamad dan Chef Ahmad Firdaus Abdul Rahman merupakan Chef Masakan Melayu tempatan dari Hotel pilihan sekitar Bandaraya Ipoh.

Menjelang Aidilfitri bersamaan 24 Ramadan, penampilan istimewa Ketua Polis Perak, YDH Senior DCP Dato’ Hj. Osman Hj Salleh berkongsi pandangan dan nasihat kepada penonton dengan tips-tips keselamatan di jalan raya dan balik kampung.

Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, begitu juga masakan dan resipi. Untuk mendapatkan resipi masakan air tangan Chef Liza Zainol, penonton boleh dapatkan BUKU RESIPI “Jelajah Rasa Pegro” sebagai buah tangan kepada keluarga tersayang.

Jelajah Rasa Pegro bakal bersiaran 13 episod, bermula 20 Jun 2015 bersamaan 3 Ramadan 1436H sehingga 12 September 2015, setiap hari Sabtu, pukul 11.30 pagi menerusi saluran TV2. Program masakan ini di terbitkan sendiri oleh Chef Liza Zainol dari syarikat Sweet Azza Sdn Bhd.

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak.

Tetamu jemputan ... Zulhuzaimi

Tetamu Imam Muda Asyraf

antara episod

Kek Gulung Aneka Buah-Buahan

Rendang Udang PEGRO Kelapa Muda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cinta Tiga Segi Dalam Drama Bersiri AWEK MERAH JAMBU

BSN & ASTRO RADIO Bergabung Sebar Kebaikan