in ,

BOA VS PYTHON di RTM2

SATURDAY NITE SPECIAL ON 2: BOA VS PYTHON , 16 OGOS 2008 (SABTU), JAM 9.00 MALAM DI RTM2.

Bayangkanlah bagaimana perasaan orang ramai apabila digemparkan kawasan kediaman mereka didatangi dua ekor reptilia besar yang panjang mereka menjangkau 80 kaki. Lebih menakutkan selain mencederakan orang ramai ia juga bersaing sesama sendiri Begitulah intipati sebuah filem Inggeris berjudul “Boa Vs Python” yang akan mengisi slot Saturday Nite Special On 2 pada 16 Ogos 2008.

“Boa Vs Python” mengisahkan Broddick (Adam Kendrick) mengimport seekor ular sawa sepanjang lebih kurang 80 kaki. Suatu yang diluat jangkaan berlaku dan mengakibatkan ular sawa tersebut terlepas daripada simpanan. Situasi ini menimbulkan kerisauan dikalangan orang awam.
  
Ular sawa itu telah membunuh banyak nyawa dan ini menyebabkan Alan Sharpe (Kirk R.B. Woller) seorang ejen FBI terpaksa turun ke kawasan paip pembentungan di bawah tanah bagi menjejaki ular sawa itu. Usahanya itu tidak membuahkan hasil lalu dia mengambil keputusan  untuk melepaskan seekor dari spesis Boa sepanjang 70 kaki bagi mermbunuh ular sawa tersebut. Keadaan menjadi semakin tegang apabila pergelutan di antara dua jenis ular ini berlaku.  

Apakah kesudahan pertarungan dua spesis ular ini ?Adakah keselamatan orang ramai akan terjamin ?

Barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah David Hewlett, Jaime Bergman, Kirk B.R. Woller, Adamo Palladino, Angel Boris dan Adam Kendrick.

Pastikan anda tidak akan melepaskan peluang menonton filem “Boa Vs Python” untuk mengetahui kesudahannya. “Boa Vs Python” bakal ditayangkan pada 16 Ogos bersamaan hari Sabtu, jam 9.00 tengah malam menerusi slot Saturday Nite Special On 2 di RTM2.

[tags]nite, special, boa, python, adam kendrick, japanese av models, japanese game show, kah kae, kapanlagi, lingerie models, model, sandra dewi, sexy, teen panties, the apprentice us, thongs, time magazine, loungewear, malaysia, nightwear online, panties, snake, ular sawa, gambar, David Hewlett, Jaime Bergman, Kirk B.R. Woller, Adamo Palladino, Angel Boris[/tags]

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Baju Diana Danielle Rekaan Fahmi di FFM21

Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat