in

Bintang Akademi Fantasia dan Penyampai Radio Buat Amal

Kakitangan Astro Membawa Perubahan Dalam Komuniti

Menerusi jenama Astro Kasih, sebuah program tanggungjawab korporat sosial, kakitangan Astro terus menghulurkan bantuan secara sukarela dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.

Sehubungan dengan ini, lebih 100 kakitangan Astro termasuk bintang-bintang Akademi Fantasia dan juga para penyampai radio SINAR FM telah melibatkan diri dalam pelbagai acara sukarela di Kampung Sri Tanjong, Muar, Johor pada 24 Oktober 2009 (Sabtu) lalu, yang mana mereka telah bergotong-royong menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disusun termasuklah membaiki sebuah rumah usang untuk pasangan warga emas, turut serta dalam acara Sukan Rakyat dan gotong rotong memasak untuk 500 orang kampung. Kakitangan Astro juga turut menyerahkan 60 cenderahati termasuk beg sekolah dan buku nota istimewa buat kanak-kanak.                                                                                                                                                                                                                  
Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’  Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin yang akan menyertai kakitangan Astro dalam acara Sukan Rakyat dan sesi gotong royong memasak serta Pengerusi Astro All Asia Networks plc, Dato’ Haji Badri Haji Masri yang telah menyerahkan sumbangan amal cek bernilai RM100, 000 hasil keuntungan kutipan SMS menerusi program Akademi Fantasia kepada Tabung Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Pagoh.

Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin memuji Astro kerana mengambil langkah proaktif dalam memenuhi keperluan terhadap tanggungjawab sosial koporat di dalam sesebuah komuniti. “Saya sangat berbesar hati dengan peranan yang dimainkan oleh Astro untuk terus menyalurkan bantuan kepada masyarakat komuniti. Menerusi aktiviti-aktiviti sebegini, rakyat Malaysia akan terus berkembang menjadi sebuah komuniti yang saling bersatu untuk membantu di antara satu sama lain terutama kepada yang memerlukan. Saya berasa bangga melihat kerjasama yang diberikan bagi memberikan yang terbaik untuk komuniti”. 

Pengerusi Astro Dato’ Haji Badri berkata, “Kami berhasrat untuk terus menyalurkan bantuan menerusi pelbagai aktiviti yang telah disusun secara terperinci untuk memberi manfaat kepada masyarakat komuniti di Pagoh. Di bawah payung penjenamaan Astro Kasih, objektif utama kami pada tahun ini ialah untuk terus menggalakkan kakitangan kami dalam menghulurkan bantuan secara sukarela bagi membantu mereka yang memerlukan sekitar Malaysia. Kami melihat kakitangan Astro sebagai duta apabila berada di luar tempat kerja dan percaya mereka semua harus menjadi contoh tauladan apabila berkaitan dengan kerja-kerja sukarela tidak kira sama ada berada di dalam atau luar tempat kerja. Kami berharap dengan melibatkan diri dalam acara-acara sukarela untuk program komuniti Astro, sedikit sebanyak akan meninggalkan rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing.”

Bagi terus mengorak langkah, ASTRO akan terus mengembangkan perniagaan dengan berpegang teguh kepada kepercayaan terhadap orang, komuniti dan persekitaran yang akan terus menjadi tunggak penting dalam kejayaan syarikat. Astro yakin melalui komitmen yang diberikan terhadap kakitangannya, syarikat akan terus mengukir kejayaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Gadis Melayu Musim Ke-2

Meet Uncle Hussin Tarik Diri Dari Bertanding Muzik Muzik