in

Senarai Bilangan Penumpang Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501

AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 07:24 (waktu tempatan Surabaya) pagi ini. Penerbangan telah berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya pada 5:35 pagi.

Pesawat merupakan Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Dua orang juruterbang, empat orang anak kapal dan seorang jurutera bertugas dalam penerbangan.

Kapten yang mengemudi pesawat mempunyai sejumlah 6,100 jam penerbangan dan pegawai pertama / penolong juruterbang mempunyai sejumlah 2,275 jam penerbangan.

Terdapat 155 penumpang di dalam penerbangan, dengan 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan 1 bayi. Turut berada di dalam penerbangan ialah 2 orang juruterbang dan 5 anak kapal.

Berikut adalah kerakyatan penumpang dan anak kapal:

1 Singapura

1 Malaysia

3 Korea Selatan

157 Indonesia

Pada masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di bawah pimpinan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia (CAA). AirAsia Indonesia memberikan sepenuh kerjasama dan membantu dengan penyiasatan sebaik mungkin.

Pesawat telah berada di dalam pelan penerbangan yang ditetapkan dan telah meminta pertukaran laluan disebabkan keadaan cuaca, sebelum komunikasi besama pesawat telah terputus semasa di bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).

Pesawat tersebut telah melalui penyelengaraan berjadual terakhir pada 16 November 2014.

AirAsia telah menubuhkan Pusat Panggilan Kecemasan bagi kegunaan keluarga dan sahabat handai para penumpang pesawat terbabit. Nombor untuk dihubungi ialah +622129850801

AirAsia akan menyalurkan maklumat lanjut sebaik sahaja ia didapati. Maklumat terkini juga akan dimuatnaik di laman sesawang AirAsia,www.airasia.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 Terputus Hubungan

Misi Bantuan Pesawat Airasia Indonesia QZ8501 Yang Hilang