in , ,

Bersatu Bersama di Pentas Dunia

Envoi Kebudayaan Amerika & Artis Malaysia Bersatu Bersama melalui Irama Muzik Bahasa Sejagat

Tahun ini, Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur menyambut Hari Kemerdekaan A.S. melalui kerjasama istimewa diplomasi kebudayaan yang menampilkan pemuzik dan artis dari A.S. dan Malaysia. Lagu dwibahasa Inggeris-Melayu ini pertama kali dirakam bersempena penganjuran Sukan Komanwel 1998 di Malaysia. Lagu ini menampilkan Ella, Ratu Rock Malaysia, dan digubah oleh Dato’ Wah Idris, lulusan Berklee College of Music; penulis lagu yang memenangi anugerah Habsah Hassan; dan penyanyi-penulis lagu Amerika, David Gates, yang merupakan penyanyi utama bagi kumpulan Bread yang pernah mengungguli carta.

“Meskipun rakyat Amerika dan Malaysia tidak dapat berkumpul secara peribadi untuk meraikan hubungan kita pada tahun ini, kita boleh mencari cara lain untuk menyoroti sejarah panjang perkongsian dan kerjasama kita,”

– Kamala Shirin Lakhdhir, Duta Besar A.S. ke Malaysia
Bersatu Bersama di Pentas Dunia

Hari ini terutamanya, muzik merupakan bahasa sejagat jauh merentasi sempadan dan menyatukan orang. Atas semangat ini, Kedutaan dengan bangganya melancarkan rakaman baharu lagu klasik Malaysia Standing in the Eyes of the World.”

Video muzik ini menampilkan beberapa alumni program American Music Abroad – sebuah program pertukaran unik tajaan Kerajaan A.S. yang menghantar ramai pemuzik Amerika ke seluruh dunia setiap tahun.

Bekas pemain gitar utama Guns N’ Roses, Ron “Bumblefoot” Thal mengunjungi KL pada tahun 2013 dan 2016; pemain gitar Tony Memmel memberi inspirasi kepada penonton di KL pada tahun 2017; vokalis jazzGabrielle Stravelli menarik perhatian pada sambutan Hari Kemerdekaan A.S. di Sabah pada tahun 2018; kumpulan capella ReVoiced mengunjungi KL dan Sabah pada tahun 2018; dan kumpulan muzik country yang dianggotai para penyanyi wanita Farewell Angelina mengunjungi Sabah dan Sarawak awal tahun ini.

Projek ini juga melibatkan pemain genderang dari Band of the Pacific Angkatan Tentera Udara A.S. yang telah lama menjadi teras utama dalam sambutan 4 Julai anjuran Kedutaan.

Kumpulan Band of the Pacific juga membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Sarawak pada tahun 2018 dan LIMA pada tahun 2019.

Muhardiman Ismail, pemain seruling dari Malaysia yang dikenali sebagai Mohar, memulakan lagu ini dengan memainkan seruling tradisional Malaysia.

Kedua-dua penyanyi Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan Amerika Syarikat. Ella melakar sejarah apabila beliau merakam album penerima pelbagai anugerah platinum Ella USA pada tahun 1994 di Los Angeles. Beliau juga telah merakam lagu dengan dua pemain gitar Guns N Roses, selepas tampil dengan Slash untuk lagu hit Bayangan pada tahun 1998.

Anak jati Sarawak, Zee Avi yang merupakan artis di bawah Brushfire Records berpangkalan di Los Angeles dan dengan penerbitan Ghostbird pada tahun 2011, beliau menjadi penyanyi Malaysia pertama yang meletakkan albumnya di carta US Billboard Hot 200 dan mengungguli carta Billboard.

Kedutaan bekerjasama rapat dengan penulis lagu/produser Malaysia Helen Yap, seorang alumni Berklee yang menyusun lagu dan menyelaraskan artis-artis di dua negara dan empat zon waktu. Nick Lee – juga lulusan Berklee – bukan hanya terlibat dalam proses mixing dan mastering lagu, tetapi juga mereka bentuk studio Calvary, tempat di mana lagu bahagian Malaysia dirakam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Permit Kerja Rayhan Kabir Sudah Dibatalkan

Aiman Tino Rancak Meniaga Air Minuman AimanGo