in ,

Permit Kerja Rayhan Kabir Sudah Dibatalkan

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, Al Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan.

“Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya,”

– Tan Sri Abdul Hamid Bador

Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, Al Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wani Hasrita 2020 | 14

Iklan di YouTube Lebih Banyak, Anda Digalakkan Langgan Youtube Premium

Ella 2020 | 15

Bersatu Bersama di Pentas Dunia