in , ,

Baru Dua Episod, Drama TAKDIR YANG TERTULIS Trending Nombor Satu!

Itulah reaksi orang ramai selepas mereka menonton drama rantaian terbaharu iaitu Takdir Yang Tertulis.

Drama yang mula ditayangkan pada 21 Januari itu menggandingkan pelakon utama Nad Zainal, Nazim Othman dan Elvina Mohamad. Selain itu, ada juga yang memberi respon tanda suka dengan drama berkenaan selepas hanya baru hari kedua ditayangkan menerusi siaran TV3.

TAKDIR YANG TERTULIS

Perkara itu dibuktikan menerusi laman Twitter sejurus drama arahan Shahrulezad Mohameddin trending nombor satu susulan menjadi bualan ramai di platform berkenaan.

Turut berkongsi perkara itu, Nad Zainal sendiri yang memegang watak sebagai Juweta dalam drama tersebut!

TAKDIR YANG TERTULIS

Sinopsis Episod 1

Juweta, seorang wanita yang angkuh dan mementingkan diri. Sikapnya yang dingin bukan sahaja mengundang rasa kurang senang pekerjanya malahan kepada suaminya, Azlan. Azlan hanya mampu bertahan dengan karenah isterinya itu. Walaupun sikap Juweta seperti itu, namun Juweta tetap seorang ibu yang penyayang kepada anaknya, Mika.

Kehadiran Ruhila, kawan baik Juweta banyak membantu Juweta sebagai pembantu peribadinya. Persahabatan mereka bermula sejak dari zaman kolej bersama dengan Azlan dan Ean. Bagi Juweta, Ruhila seorang kawan yang boleh diharap dan banyak membantunya termasuk menjaga Mika bila Juweta terlalu sibuk dengan syarikatnya.

Sementara Azlan cuba membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab besar dalam satu projek syarikat Juweta. Namun tindakan Azlan itu mengundang kemarahan Juweta kerana cuba membelakanginya. Azlan mula tak tahan dengan perangai Juweta yang tak berubah sejak perkahwinan mereka. Sehingga Azlan mengambil keputusan yang drastic sehingga mengundang rasa terkejut kepada Juweta.

Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka.

TAKDIR YANG TERTULIS

Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya.

Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika.

Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta?

Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Sama-sama kita tonton sehingga ke penghujungnya.

Drama 15 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi saluran TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walt Disney Animation Studios Debuts New Trailer & Poster For RAYA AND THE LAST DRAGON

Senarai Telefilem Pilihan Terbaik Yang Boleh Ditonton di RTM Klik Sepanjang 2021