in , ,

Senarai Telefilem Pilihan Terbaik Yang Boleh Ditonton di RTM Klik Sepanjang 2021

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa berpegang kepada mengekalkan konsep menyiarkan drama yang mengupas isu secara mendalam seperti hubungan keluarga dan permasalahan berlaku dalam kalangan masyarakat setempat. Malah mesej yang teliti daripada pelbagai aspek juga ditekankan dalam meningkatkan kualiti drama tempatan ke tahap membanggakan.

Pernah disiarkan menerusi saluran TV RTM, lima buah telefilem disenaraikan iaitu “Suamiku Yang Tak Perfect”, “Desir Ombak Di Hati Bonda”, “Khilaf Terakhir”, dan “Rahsia Kotak” antara pilihan terbaik yang dapat ditonton oleh semua menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. 

Saksikan telefilem “Suamiku Yang Tak Perfect” drama komedi kekeluargaan lakonan mantap Kazar Saisi, Balkisyh Semundur Khan, Elly Mazlein, Bella Astilah, Ikmal Amry dan Issey Fazlisham. Ia mengisahkan tentang Baharum seorang suami yang tidak romantik tetapi berlainan pula dengan isterinya Ku, seorang isteri yang romantik. Ini menyebabkan Ku selalu merasakan Baharum kurang memberi perhatian kepadanya. 

Desir Ombak Di Hati Bonda

Kisah pengajaran dalam “Desir Ombak Di Hati Bonda” pula membawa penonton mengikut kisah Man yang terlantar akibat tertusuk cengkerang siput di kakinya telah menyebabkan kehidupan keluarganya bertambah sempit. Anaknya, Aida yang sudah bekerja pula sibuk mahu berkahwin dengan anak orang kaya. 

Kehidupan Imah serba kekurangan apabila Man pergi buat selamanya. Imah cuba bangkit dengan semangat anak lelakinya, Ayat. Berjayakah Ayat membantu Imah mengubah kehidupan mereka? Lakonan Amyza Aznan, Azri Iskandar, Dayana Roza, Fazli Daniel dan Talha Harith.

Menampilkan nama-nama pelakon Azhan Rani, Naim Daniel, Marissa Yasmin, Sahronizam Nor, Abu Bakar Omar dan Fanin Halmi, telefilem “Khilaf Terakhir” membawa cerita perjalanan tentang demi sebuah syurga, Manaf terpaksa melepaskan Salmi dan Syafiq. Jalal pula merancang sesuatu agar tanah rumah yang didiami oleh Salmi dan Syafiq terjual. Namun selepas 20 tahun berlalu, Pak Hassan bersungguh mahukan Manaf mencari Salmi dan Syafiq kembali. Apakah sebenarnya yang berlaku? 

babak dalam Khilaf Terakhir

Menerusi telefilem “Rahsia Kotak” pula mengaitkan kisah watak utama Fikri yang baru tamat pengajian dan berkelulusan doktor telah pulang ke pangkuan keluarga. Namun, kembalinya Fikri amat tidak disenangi oleh Khir. Fikri pula telah menjalinkan hubungan dengan Puteri dan ini telah menambahkan lagi kebencian Khir terhadap Fikri dan keluarganya. Drama ini dibintangi pelakon Ashraf Muslim, Reen Rahim, Yus Waisar, Hafizzudin dan Aleeza Shahdan.

Saksikan pilihan telefilem ini menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Baru Dua Episod, Drama TAKDIR YANG TERTULIS Trending Nombor Satu!

“Kotak Itu Cuma Buatan Sendiri,” – Individu Dakwa Princemeed Buat Kotak Dybbuk Palsu?