in ,

Bapa Penyanyi iR Radzi Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman

Bapa kepada penyanyi, iR Radzi iaitu Jamali Ellen meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang Ahad akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru.

Menurut pengurus iR iaitu Aszuad Zakaria, berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarganya di Institut Jantung Negara, Kuching Sarawak.

“Allahyarham dimasukkan ke hospital semalam (Sabtu) dan keadaannya dalam keadaan tenat pada hari ini sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.”

iR Radzi

Dalam pada itu, Aszuad berkata, iR yang sepatutnya pulang ke kampung halamannya untuk melawat bapanya pada Ahad bergegas pulang ke Kuching selepas mendapat panggilan daripada keluarganya pada petang Sabtu.

“Ketika dimaklumkan mengenai bapanya dimasukkan ke hospital, iR sedang mengadakan persembahan program bersama Suria FM di Putrajaya dan bergegas pulang ke kampung pada pukul 9 malam.

“Bagaimanapun ketika tiba di hospital bapanya telah pun berada dalam keadaan koma,” katanya.

Sementara itu, Aszuad berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga iR terlebih dahulu untuk solat jenazah dan memberi laluan kepada saudara dan rakan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang, Petra Jaya, Kuching pada pagi Isnin.

Sumber: Mstar Online

iR Radzi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datuk Shake Dilantik Pengetua Akademi Fantasia 2016

Tony Roma’s Malaysia Lancar Kempen Projek57 Sempena Merdeka