in ,

Datuk Shake Dilantik Pengetua Akademi Fantasia 2016

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal dilantik sebagai pengetua Akademi Fantasia 2016 (AF2016) akhirnya terjawab apabila penyanyi terkenal, Datuk Shake diumumkan sebagai peneraju program tersebut pada tahun ini.

Pengumuman itu dibuat pada siaran langsung konsert pertama AF2016 yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh, 66, mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni mula mencipta nama di pentas antarabangsa apabila single berjudul You Know I Love You mendapat sambutan hebat di Perancis termasuk negara Eropah pada awal 1980-an.

datuk-shake

Antara lagu berbahasa Melayu popular nyanyiannya pula ialah Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan.

Sementara itu, seperti dijangkakan Zizan Razak menggalas tanggungjawab sebagai pengacara AF2016 bersama Alif Satar.

Hos program HLive! Dahlia Syazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal pula diberi mandat sebagai pengacara Diari AF2016.

Dalam pada itu, Datuk Ramli MS dan Datuk AC Mizal bertindak sebagai pengkritik tetap.

Edisi AF2016 tahun ini menyaksikan dua wanita bukan Melayu antara 14 peserta yang terpilih untuk berentap iaitu Kareshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23.

Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26 dan Siti Aishah Abdul Razak, 20.

Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripada Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini pula terdiri daripada Edry Abdul Halim (Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine (Guru Tarian & Koreografi) manakala Shahrolbahri bertindak sebagai Guru Vokal.

Tahun ini juga menyaksikan dua wajah baharu menyertai keluarga AF 2016 iaitu Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar (Guru Seni Persembahan).

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin sehingga Jumaat pada pukul 6.30 petang.

Konsert mingguan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single SAKIT Taruhan Terbaru IAMNEETA

Bapa Penyanyi iR Radzi Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman