in , ,

“Banyakkan Bersabar, Tak Ke Mana Pun Saman-Saman Ni,” Yusof Haslam

Dek kerana itu, Puteri Sarah Liyana akhirnya mengambil keputusan untuk menyaman wanita berkenaan kerana namanya masih lagi disebut sebut, walhal kini ssudah pun move on dengan kehidupan baru. 

Melalui laporan portal Oh Bulan dan juga Astro Awani, pihak media bertanya Datuk Yusof Haslam tentang pendapatnya berkenaan isu ini. 

Yusof Haslam memberitahu, hal ini terpulang kepada Sarah, namun menasihati adalah lebih baik tidak terlibat lagi dengan kes saman menyaman. 

“Saya sebenarnya tak nak lah masuk campur dan beri sebarang kenyataan tentang hal ini. Saya dah bincang dengan isteri saya untuk tak beri kenyataan.”  

“Saya percaya kepada bekas menantu saya iaitu Puteri Sarah boleh menyelesaikannya dengan cara yang baik. Kalau boleh elakkan daripada saman-menyaman ini. Tak ke mana pun saman menyaman ini.” 

“Sebelum ini pun ada juga pihak media yang hubungi saya untuk ulas, namun saya tak nak. Tidak manis asyik nak komen lebih-lebih, saya doakan yang terbaik saja.” 

“Dah berbincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaiklah.” 

“Tidak manis untuk saya komen lagi. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah juga kepada anak saya Syamsul dan cucu-cucu saya.” 

Dalam pada itu, Yusof Haslam akui agak pelik mengapa individu berkenaan terus mengaitkan nama Sarah. 

“Saya pun agak pelik mengapa individu itu pula nak masuk campur.”  

“Malah kadang kala orang persoalkan mengapa saya masuk campur. Saya ni pun dah berumur, dan ini urusan keluarga saya, saya sendiri berada dalam keadaan berkenaan.” 

“Kita ni pun tidaklah menghina mana-mana pihak. Jangan kata kami ada menghina pihak sana atau sebagainya, itu tidak berlaku.” 

“Biar Tuhan saja yang tentukan takdir kita. Kalau takdir baik, syukur semuanya baik.”

“Mereka berdua pun sudah berpisah secara baik. Pendapat saya, biar semuanya selesai secara baik dan takdir yang menentukan semuanya.” 

Tentang nasihat serta hubungan dengan Puteri Sarah, ini kenyataan dari Datuk Yusof Haslam. 

“Saya ni dah satu bulan tak berjumpa dengan Sarah, sebab sibuk dengan kerja. Insya-Allah minggu depan jika tiada ada apa-apa, kami akan jumpa.”  

“Dalam masa sekarang ni, kami masih lagi berhubung melalui telefon saja. Melalui mesej Whatsapp.” 

“Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, kena banyak bersabar. Kita tak boleh nak mengelak kata-kata tak baik dari orang lain. Bahkan ahli politik pun kena di zaman sekarang ni.” 

“Saya beritahu pada dia bahawa manusia ni tak dapat lari dari ujian. Banyakkan bersabar. Kalau layan lagi akan bertambah berpanjangan.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Datuk Yusof Haslam tentang kes yang mana Puteri Sarah mahu menyaman seorang wanita baru-baru ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Yes Memang Aku Nak Keluar Dengan Laki Poket Tebal,” Zarina Anjoulie

Alami Semarak Merdeka di Alamanda Putrajaya & Mesra Mall Kemaman