in

Band Bimasakti Pertaruh Lagu Maryam

BIMASAKTI yang dianggotai oleh lima orang anak muda ini adalah sebuah band rock alternatif yang asalnya ditubuhkan di Shah Alam, Selangor. Walaupun mereka melabelkan diri mereka sebagai alternatif, namun mereka datang dari pelbagai pengaruh dan latar belakang muzik, dari Panic at the Disco, sehinggalah ke Dream Theater. Muzik mereka boleh dikenal pasti melalui alternative seperti coldplay dan juga muse.

Mempunyai lima orang ahli Jim vocal,Faizal guitar, Malek guitar, Faiz bass, Rudy drum. Walaupun berbeza latar belakang dalam meminati muzik akan tetapi mereka bersatu apabila mereka bersama menjayakan persembahan.

Persembahan pertama band adalah di Urbanatic Club, Fashion and Music Show, 2009. Di awal penubuhan, mereka kebanyakan memainkan beberapa lagu cover dari band rock terkenal. Kemudian Jim mula menggubah lagu-lagu sendiri. Lagu debut Inggeris pertama yang dihasilkan bertajuk ‘Missing Someone’, dikeluarkan pada tahun 2010.

Lagu tersebut diterima baik oleh pendengar, dan telah ditampilkan oleh RTM; namun mereka sedar mereka perlu mendapat liputan yang lebih meluas. Selepas itu, pada 2012, mereka mengeluarkan sebuah single Melayu baru, bertajuk ‘Mungkin Sudah’.

Pada tahun 2013, akhirnya lagu ini diterima baik stesen radio tempatan, SuriaFM, dan mendapat tempat nombor 1 di carta SuriaRock selama dua minggu. Sebuah lagi single yang berjudul ‘Maryam’, yang lebih bersifat balada melankolik namun tetap diselitkan elemen rock. Lagu ini dalam proses penghasilan akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Band ini juga merancang untuk mengeluarkan tiga lagi singles, di mana kali ini melibatkan keseluruhan anggota dalam penggubahan, yang masih di dalam proses penyusunan lagu.

Setelah kami dilamar oleh Seventeen Eleven Music Sdn Bhd dan kami telah diberikan nama baru iaitu Bimasakti.

Selain diputarkan di beberapa stesen radio tempatan dan online, band ini juga telah menyertai beberapa persembahan dan acara, antaranya Maybank Battle of the Band, dan Hard Rock Café Rising 2013. Band ini juga telah ditampilkan di dalam majalah Remaja dan Mediahiburan.

Bimasakti bermatlamat untuk menembusi industri muzik tempatan, dan mereka and terus melakukannya dengan menghasilkan lebih material berkualiti di masa akan datang.

Laman Facebook: ttps://www.facebook.com/Bimasaktiband

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Inggeris Perundangan Suits di TV2

Peraduan Menang Tiket Ke Tayangan Filem KAMI HISTERIA