in ,

Bimaksakti Perkenal Single Kedua CINTA JANGAN PERGI

Mula dikenali dengan single Maryam, Kumpulan Bimasakti ketika ini telah pun muncul dengan single terbaharu mereka berjudul Cinta Jangan Pergi. Lagu pop ini terus meningkat popular setelah menjadi salah satu runut bunyi drama slot Samarinda TV3 berjudul Tabir Zulikha yang mula menambat hati pendengar tempatan.

Bimaksakti

Budiey dapat info, kumpulan yang berasal dari Shah Alam baru-baru ini telah melancarkan Muzik Video Cinta Jangan Pergi di laman Youtube.

Lagu CINTA JANGAN PERGI adalah ciptaan sepenuhnya Jim, vokalis kumpulan Bimaksakti dan lirik oleh Jim/Yea/Liz. Lagu ini dirakam di Nar Record.

Menurut Jim, beliau berharap lagu ini menjadi pemangkin untuk kumpulan Bimasakti untuk lebih dikenali dalam industri muzik tempatan. Beliau berharap semua penggemar lagu ini akan buat request di semua stesen radio seluruh Malaysia. Bimasakti amat beruntung kerana Adi dari kumpulan 6ixthsense telah meluangkan masa untuk memberikan panduan sehingga selesai sesi rakaman vocal.

Video muzik lagu ini boleh didengar di Youtube Official Music Video Cinta Jangan Pergi.

Laman Sosial Media Rasmi Bimasakti
Facebook: https://www.facebook.com/bimasaktiband
Twiiter: @BimasaktiBand
Instagram: @bimasaktiband

 

Bimaksakti

Bimaksakti

Bimaksakti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang iPhone 6 NAME THE CFM MASCOT & WIN

Yang Best Tentang Samsung GALAXY S6 & GALAXY S6 Edge