in , ,

Tahniah! Ayu Raudhah Selamat Bersalin Bayi Lelaki Cahaya Mata Ke-6

Tahniah diucapkan buat pelakon Ayu Raudhah yang selamat melahirkan cahaya mata keenam iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada jam 2.25 petang tadi.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Zaquan Adha menerusi Insta Story miliknya.

Zaquan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC) turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.

Ayu Raudhah Selamat Bersalin Bayi Lelaki Cahaya Mata Ke-6

Bagaimanapun, setakat ini Zaquan belum mendedahkan lagi wajah cahaya matanya itu kepada umum dan hanya berkongsikan momen isterinya dimasukkan ke hospital.

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6,  Muhammad Aisy Khaliq, 4 dan Aisy Al Jibreel, 2. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil

KNIGHTS OF THE ZODIAC

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Filem KNIGHTS OF THE ZODIAC