in , ,

Diana Danielle Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil

Menurut Diana, 32, dia tidak selesa mengenai pemberian tersebut namun enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Sebenarnya saya tidak menerima lapan bentuk cincin itu.

“Farid memberi kepada anak lelaki kami, Muhammad dan meminta menyerahkan kepada saya.

“Saya tidak selesa mengenai perkara tersebut dan memilih untuk tidak memberi sebarang reaksi,” katanya dalam satu kenyataan dalam Instagram hari ini.

Tambah bintang filem Imaginur berkenaan, dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kata-kata penghargaan mengenai pemberian barangan kemas tersebut.

Malah, dia juga berpesan kepada Farid agar tidak lagi menggunakan dua anak mereka sebagai perantara untuk menyerahkan sebarang pemberian kepadanya.

“Saya juga tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana menolak cincin tersebut melalui peguam saya.

“Namun dia menggunakan anak lelaki untuk menyerahkan kepada saya.

“Kini orang awam mengetahui mengenainya dan tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” ujarnya.

Hari ini, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari, 42, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari memberitahu isterinya sudah menerima barangan kemas yang dihadiahkan untuk Diana melalui dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.

Diana bagaimanapun hari ini juga lesap selepas prosiding dan tidak dapat ditemubual kerana mengelak daripada bertemu pihak media di mahkamah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASYRAF NASIR

Asyraf Nasir Ft Kowachee Pinjam See ‘My Level’ Diva AA Jadi Lagu Yang Hebat

AYU RAUDHAH

Tahniah! Ayu Raudhah Selamat Bersalin Bayi Lelaki Cahaya Mata Ke-6