in ,

“Ayah Kena Kerja, Rumah Kita Tiada Pencetak Duit Wahai Anakku,” – Shahrol Shiro

Biasa menghiburkan penonton di kaca televisyen, pelawak Shahrol Shiro tidak melepaskan peluang memainkan isu semasa di media sosial.

Shahrol, nama popular Shahrol Azizie Azmi, hari ini menjawab pertanyaan anaknya yang hairan beliau keluar bekerja pada Ahad.

“‘Kenapa ayah kena kerja hari ini?’ Ada dua sebab nak. Yang pertama, Johor kerja hari Ahad.

“Yang kedua, rumah kita tiada pencetak hendak cetak duit wahai anakku,” coretnya di Instagram.

Shahrol Shiro

Johan Maharaja Lawak Mega 2018 dipercayai menyindir cadangan ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Timbalan menteri belia dan sukan dalam satu wawancara radio baru-baru ini mencadangkan Bank Negara mencetak lebih banyak wang untuk diberikan kepada golongan memerlukan.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat kecaman pelbagai pihak yang melihat ia mampu mengganggu kesejahteraan ekonomi negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cantik & Sekata Tulisan Tangan di Kad Ucapan, Tak Sangka Ia Milik Siti Nurhaliza

“I’m taken,” Cik B Tayang Kekasih, Ramai Netizen Ucap Tahniah Dapat BF Kacak