in

Astro Melancarkan Best of 1Malaysia Sempena Merdeka

Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dengan 56 tayangan perdana program-program baru

Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dengan 56 tayangan perdana program-program baru daripada lebih 160 program melalui pelbagai saluran dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Kempen NEGARAKU yang akan bermula dari 15 Ogos ke 17 September 2012 akan memperkenalkan satu saluran baru iaitu, ‘My Hometown’ (Saluran 318) yang meraikan kampung halaman rakyat Malaysia melalui video-video yang telah dihantar menerusi pertandingan ‘My Hometown’.

Vincent De Paul, Naib Presiden Berita bagi Kumpulan Kandungan Astro berkata “Merdeka ini, Astro membawakan yang terbaik menerusi kepelbagaian kandungan televisyen dan secara talian untuk menepati variasi citarasa penonton-penonton kami. Muda atau tua, walau di bandar atau di kampung, rakyat Malaysia akan dapat memilih program kegemaran mereka di dalam sajian program yang ditawarkan menerusi kolaborasi hebat rangkaian media global bersama saluran-saluran tempatan.”

Royal Carver

Dari 15 Ogos ke 17 September 2012, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton tayangan perdana program-program seperti ‘Era Kegemilangan Sukan Negara (Era 50an – 90an)’ menerusi Astro Arena (Saluran 801), ‘Agenda Awani – Banyak Etnik, Banyak Budaya & Satu Bangsa’ di Astro Awani (Saluran 501), ‘Behind the Dialect Groups’ di Astro AEC (Saluran 301), ‘The evolution of Music in Malaysian Tamil Films’ menerusi Astro Vellithirai (Saluran 211) dan banyak lagi.

Kekayaan budaya dan variasi Malaysia juga akan ditonjolkan menerusi saluran-saluran antarabangsa Astro. Di antara program-program yang disediakan ialah ‘Inside: Istana Negara’ di National Geographic Channel (Saluran 553), ‘Revealed: Malaysia’s Majesty – Twice a King’ dan ‘Eye on Malaysia 2: Royal Carver’ dalam Discovery Channel (Saluran 551), ‘Passage to Malaysia: Feast in the East’ dan ‘Art and About’ di TLC (Saluran 707), ‘Siti Nurhaliza’ menerusi BIO (Saluran 731), ‘Special Forces: Malaysia GGK’ dan ‘Last Journey To Sarawak’ di HISTORY (Saluran 555).

Tahun ini, sebahagian daripada kempen NEGARAKU, Astro juga menyingkap kembali memori indah rakyat Malaysia di samping menyuntik semangat cintakan kampung halaman dan menghidupkan kembali sejarah dalam kalangan generasi muda melalui satu saluran baru iaitu ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012. ‘My Hometown’ menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan perpaduan dalam kepelbagaian dengan menghantar video-video yang mengetengahkan keunikkan kampung halaman mereka menerusi saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318). Astro juga memperkenalkan My Hometown Short Films, satu projek yang menawarkan 14 filem pendek yang meliputi 14 negeri di Malaysia dan diarahkan oleh 14 pengarah filem muda.

Untuk maklumat lanjut tentang program-program khas bagi Merdeka ini, sila layari www.astro.com.my/NEGARAKU bermula 15 Ogos ke 17 September 2012. Bagi maklumat lanjut tentang My Hometown, layari www.astro.com.my/myhometown.

KingTakingOath

Special Forces Malaysia GGK

Passage to Malaysia - Feast in the East

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Program ntv7 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

Pengalaman Berharga Krew Juara Olimpik Mcdonald’s Malaysia