in

Pengalaman Berharga Krew Juara Olimpik Mcdonald’s Malaysia

KREW JUARA OLIMPIK McDONALD’S MALAYSIA PULANG KE TANAHAIR DENGAN PENGALAMAN KEEMASAN

Aruni binti Hamzah and Zulhilmi bin Jamal telah mewakili Malaysia di London bersama krew berprestasi tinggi dari seluruh dunia

Selain daripada peluang bertemu dengan atlit terhandal di dunia, para pengunjung yang melawat ke Perkampungan Sukan Olimpik 2012 di London juga dapat menyaksikan aksi hebat lebih kurang 2,000 krew dan pengurus McDonald’s terhebat dari 38 negara yang bertugas di restoran di lokasi sukan Olimpik.

Di antara ahli krew elit yang memberi perkhidmatan kepada atlit-atlit handalan antarabangsa, para jurulatih, ahli media dan penggemar sukan sewaktu berlangsungnya Sukan Olimpik 2012 di London, adalah 2 rakyat Malaysia – Aruni Hamzah, 27, dari restoran McDonald’s Telok Chempedak, Kuantan, dan Zulhilmi Jamal, 22, dari restoran Plentong di Johor.

2. Aruni And Zulhilmi Is Back

Aruni dan Zulhilmi bersama dengan Juara Krew Olimpik McDonald’s yang lain telah dipilih berdasarkan gaya kepimpinan dan prestasi cemerlang termasuk keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

Krew antarabangsa bertugas untuk menghidangkan makanan McDonald’s yang berkualiti di empat restoran di tapak Sukan Olimpik – iaitu, satu di dalam Perkampungan Olimpik, satu di Pusat Media Utama, dan dua lagi di Taman Olimpik.

Ini bukan sahaja merupakan pengalaman penerbangan dan lawatan ke luar negara yang pertama bagi Aruni dan Zulhilmi, mereka juga mendapat peluang bertemu dengan atlit Olimpik, menghadiri acara sukan Olimpik, menyertai aktiviti sukaneka di Royal Parks, melawat tapak kebudayaan di London dan menjalin persahabatan dengan rakan sejawat antarabangsa.

Aruni dan Zulhilmi dipilih mewakili Malaysia ke London setelah membuktikan kehandalan mereka sebagai pelatih krew terbaik, disamping pengetahuan operasi restoran yang meluas dan kemahiran kerja yang luar biasa.

“Kakitangan kami merupakan hati dan jiwa syarikat, dan kami amat berbangga kerana dapat memberikan mereka pengiktirafan wajar atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan secara konsisten. Program Juara Krew Olimpik McDonald’s merupakan peluang keemasan untuk menjiwai semangat Sukan Olimpik, dan program ini merupakan salah satu contoh ganjaran istimewa yang kami tawarkan kepada para pekerja,” kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia dan Pengurus Serantau Malaysia & Singapura.

Sebelum bertolak ke London, Aruni berkata beliau teruja dapat bertemu dengan atlit dunia yang terkenal di London dan menanti-nantikan pengalaman bekerja di suasana yang berlainan. “Ini sememangnya satu tanda penghormatan yang tinggi bagi saya kerana dapat mewakili McDonald’s Malaysia ke Sukan Olimpik di London,” kata Aruni, yang mula bekerja di McDonald’s pada tahun 2005.

Untuk Zulhilmi yang menyertai McDonald’s pada tahun 2010 pula, peluang memberi perkhidmatan kepada atlit dunia yang terserlah dan bertemu dengan pasukan ahli krew dari seluruh dunia merupakan pengalaman yang amat diidamkan.

Selain daripada memberi satu peluang lawatan keemasan kepada Aruni dan Zulhilmi, McDonald’s juga berjaya menyemarakkan semangat Olimpik di kalangan rakyat Malaysia melalui peranannya sebagai Restoran Rasmi Sukan Olimpik. Di antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah Larian Hari Olimpik yang terbesar yang pernah diadakan di Malaysia dan pelancaran gelas koleksi Olimpik Coca-Cola yang dinanti-nantikan.

“McDonald’s berbangga menjadi penaja Pergerakan Sukan Olimpik dan selama lebih 35 tahun telah berusaha menyemarakkan semangat kejohanan tersebut dengan memberi keseronokan kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. Di Malaysia, kami berasa gembira kerana melalui penajaan kegiatan sukan global ini, kami berjaya menarik minat pelanggan, melibatkan pekerja dan menggalakkan komuniti tempatan untuk mengambil bahagian dengan cara yang menyeronokkan,” kata Casanova.

“Dalam usaha menggalakkan masyarakat setempat untuk memilih gaya hidup yang aktif dan seimbang, kami telah menganjurkan Larian Hari Olimpik tahunan sebagai cara terbaik bagi rakyat Malaysia mengaktifkan diri demi menyahut seruan semangat Olimpik. Untuk meningkatkan lagi minat mereka terhadap kejohanan sukan antarabangsa tersebut, kami melancarkan kempen Gelas Olimpik Coca-Cola edisi terhad untuk menunjukkan komitmen kami yang berterusan ke arah memberi nilai yang terbaik kepada para pelanggan kami. Dalam usaha untuk melibatkan pekerja McDonald’s Malaysia di bawah program Juara Krew Olimpik, kami telah menghantar dua pelatih krew yang terbaik ke London, untuk menyertai program ini bersama 2,000 kakitangan restoran McDonald’s yang lain dari seluruh dunia,” tambah Casanova.

Larian Hari Olimpik
Dianjurkan bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Larian Hari Olimpik buat tahun kesembilan berturut-turut ini ditaja oleh McDonald’s pada 8hb Julai 2012. Sebagai satu daripada acara menjelang Sukan Olimpik, Larian Hari Olimpik yang diadakan di Dataran Merdeka pada tahun ini menyaksikan sambutan terbaik dengan hampir 12,000 peserta, dan ia memberi peluang yang baik kepada insan dengan tahap kecergasan yang berbeza untuk mengalami semangat Olimpik.

Gelas Sukan Olimpik 2012 Coca-Cola
Kempen Gelas Coca-Cola yang dinanti-nantikan telah kembali dengan enam reka bentuk baru berbagai warna dan corak yang mempamerkan piktogram acara sukan Olimpik yang berlainan. Dari 6 Julai hingga 16 Ogos, pelanggan McDonald’s akan menerima Gelas Sukan Olimpik 2012 Coca-Cola edisi terhad ini secara percuma dengan setiap pembelian set hidangan Gelas Coca-Cola.

McDonald’s dan Sukan Olimpik
Komitmen McDonald’s dalam Pergerakan Sukan Olimpik bermula pada tahun 1968 apabila pihak syarikat menghantar bekalan burger melalui udara bagi atlit-atlit Amerika Syarikat di Grenoble, Perancis untuk memuaskan keinginan mereka untuk menjamu makanan tanah air sendiri. Sejak itu, McDonald’s telah menyediakan pelbagai menu istimewa dengan hidangan yang lazat kepada berjuta-juta atlit dan jurulatih, termasuk ahli keluarga dan penyokong mereka. Sukan Olimpik London 2012 merupakan kali kesembilan McDonald’s menjadi Restoran Rasmi Sukan Olimpik secara berturut-turut.

1. Aruni And Zulhilmi Poses Together With Najat And  Legion

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Melancarkan Best of 1Malaysia Sempena Merdeka

Ucapan Salam Aidilfitri 2012 dari Dato’ Siti Nurhaliza