April Saturday Movies Special @ 8TV

MALAM SABTU YANG DINANTIKAN!
Korang bosan di malam Sabtu? Mahu tonton filem-filem hangat dari Hong Kong dan Korea? Malam Sabtu anda mungkin tak bosan lagi!

Tiada cara lain lagi yang menarik untuk berehat di malam minggu anda selain dari berehat di sofa sambil mengunyah popcorns kegemaran anda! Bulan ini, 8TV akan menyajikan kepada anda barisan filem-filem hangat Hong Kong dan Korea ke ruang tamu anda!  Bermula  April ini, peminat-peminat filem Hong Kong dan Korea akan dimanjakan dengan pelbagai pilihan filem bergenre komedi romantik dan juga drama yang hebat.

Pengurus Besar Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim:
 
“Para penonton pastinya tidak mahu terlepas menonton filem-filem tersebut kerana ini merupakan kali pertama ianya ditayangkan di 8TV dan juga pasti menghiburkan. Jadi saya ingin mencadangkan kepada penonton di rumah untuk bersedia dengan snek dan minuman ringan!”

The Spy Dad
Tarikh Siaran : 5 April 2008
Masa : 9.30pm
Tony Leung Ka-Fai melakonkan watak sebagai Jimmie Bon, seorang pelakon filem yang membawakan watak ala-ala James Bond dalam filem aksi popular dilayar perak. Walaupun dia kelihatan gagah perkasa dalam filem lakonannya, tetapi hakikat sebenar kehidupan beliau jauh berbeza dari watak yang dilakonkannya, beliau kehilangan isteri Isabel (Candy Yu On-On) kerana ketidakupayaannya menjadi ketua keluarga. Akan tetapi dia masih disayangi oleh kedua-dua anak perempuanny Cream (Gillian Chung) dan Ice-Cream (Winnie Chan). Malahan dia juga turut menjadi bahan kutukan oleh pembantunya sendiri iaitu Agen Barbara (Teresa Mo). 

Bon cuba untuk melakukan sesuatu untuk mengukuhkan kedudukannya atau setidak-tidaknya dapat membuktikan dia boleh melakukan sesuatu yang bermakna.  Bon akhirnya mendapat peluang untuk berbuat demikian dan ianya berkat pelbagai peristiwa yang hanya berlaku dalam dunia komedi Hong Kong. 

Isabel kembali sebagai bintang filem US dan mahu menawarkan Bon watak dalam filem terbarunya tetapi dengan tidak disangka-sangka, seorang agen Interpol Tienan (Jordan Chan) muncul dengan misi rahsia.  Dia perlu mengagalkan misi penyebaran yang dilakukan oleh seorang doktor jahat iaitu Donnor. Kali ini Bon perlu mengenepikan perasaan takutnya untuk menjadi hero seperti yang diharapkan untuk menyelamatkan ahli keluarganya.
 
The Spy Dad ditayangkan pada 5 April 2008 jam 9.30 malam. 8TV boleh ditonton secara alternatif di saluran 708 Astro. 

A Moment to Remember
Tarikh Siaran : 12 April 2008
Masa : 9.30pm

Bersedia dengan sekotak tisu apabila anda menonton filem Korea ini yang mana ia bakal meruntun jiwa anda. Ia mengisahkan sebuah kisah cinta antara dua jiwa dimana ikatan antara mereka terjalin apabila mereka berjumpa secara tidak sengaja sebanyak dua kali. 

Walaubagaimanapun, tanpa disedari, Su-Jin (Son Ye Jin) menghidapi penyakit Alzheimer yang jarang berlaku di usia muda. Kemudian kedua-dua mereka Su-Jin dan Chul Soo (Jung Woo Sung), mula merasakan bebanan berikutan penyakit yang dihidapi Su-Jin yang mana mula menjejaskan hubungan mereka. 

Tayangan perdana A Moment to Remember akan disiarkan di 8TV pada 12 April 2008 jam 9.30 malam. 8TV boleh ditonton secara alternatif di saluran 708 Astro.


 
Moving Targets
Tarikh Siaran : 19 April 2008
Masa : 9.30pm

Pengarah terkenal Hong Kong Wong Jing kembali dengan filem berunsurkan aksi pantas. Kit (Nicholas Tse) merupakan seorang penyiasat persendirian menyertai pasukan polis untuk membalas dendam terhadap perbuatan kotor bapanya, Chuen (Ray Chow) yang melarikan diri dari keluarga semasa Kit masih kecil lagi. Tetapi malangnya, Kit dan teman baiknya Fit (Edison Chan) ditugaskan di unit Chuen yang mana bakal berlaku pelbagai aksi peras ugut dan pembalasan dendam. 

Moving Targets akan disiarkan di 8TV pada 15 Mac 2008 jam 9.30 hingga 11.30 malam. 8TV boleh ditonton secara alternatif di saluran 708 Astro.


 
Bystanders
Tarikh Siaran : 26 April 2008
Masa : 9.30pm

Filem ini mengisahkan mengenai watak seorang detektif muda Dong-Wook (Eric Moon) bersama seniornya yang berperwatakkan seperti tomboy, Ja-young (Eun-Kyung) yang sedang menyiasat kes bunuh diri seorang pelajar sekolah. Ja-young yang mencurigai kematian pelajar tersebut, mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila menjumpai kapsul merah dan cebisan kertas diari dalam perut mangsa. Detektif mengaitkan mangsa baru ini dengan profil mangsa terdahulu dan mendapati persamaan dimana kedua-dua mangsa bersekolah di sekolah menengah yang sama. Ini membuatkan kedua-dua detektif mendapati ianya mempunyai talian dengan pembunuh bersiri Yun-hee (Yoon-jin Kim) yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sahabat baik Ja-young sebelum sebuah kejadian tragik memisahkan mereka. 

Bystanders akan ditayangkan di 8TV pada 26 April 2008 jam 9.30 malam. 8TV juga boleh ditonton secara alternatif di saluran 708 Astro.

[tags]The Spy Dad, Bystanders, Moving Targets, A Moment to Remember, film 8tv, Game of Thrones, plus expansions A Storm of Swords, Clash of Kings, Lord of the Rings: The Confrontation, Tannhauser, Dust, Runebound, Arkham Horror, HOT, World of Warcraft, HOT, plus expansion Burning Crusade, Ticket to Ride, Mag Blast, Citadels, Anima, Shadow of Omega, Bang, Carcassonne, plus expansions, Traders & Builders, Hunters, Gatherers, Discovery, Inns, Cathedrals, Blokus Duo, Zooleretto, Starcraft, girl HOT, Twilight Imperium, Descent, Doom, Marvel Heroes, Battlelore, plus expansion, Call to Arms, Living Dead, Dolls Goth, Midguard, Beowulf[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Pelancaran Portal Gua Muzik

Aishah Sinclair Hos So You Think You Can Dance