in

Gambar Selebriti di Pelancaran Portal Gua Muzik

Semalam (14 April 2008), Budiey telah memenuhi jemputan dari rakan-rakan di Portal GUA untuk menghadiri Majlis Pelancaran Portal Gua Muzik di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Di pelancaran yang penuh meriah itu beberapa selebriti yang dipanggil untuk menghiburkan hadirin seperti Hujan, Faizal Tahir, Pacai dan Ayu (Juara One In A Million). Tina, Atilia, Nur Fatima, Hannah Tan (hos GUA), Faizal AF juga turut diundang.

Portal Gua Muzik adalah satu portal hiburan terbaru berkonsepkan destinasi atau platform muzik online dengan pelbagai berita showbiz, gossip, ulasan album, blog, forum dan macam-macam lagi benda yang berkaitan dengan dunia muzik. Korang juga boleh memuaturun lagu-lagu dengan bayaran yang berpatutan. Tersusun dengan kategori dan genre memudahkan pelayar untuk mendengar muzik kegemaran dan mengikut citarasa mereka.

Portal yang bakal memuatkan 700, 000 lagu menjelang 2009 itu dilancarkan oleh Pengurus Besar Portal Hiburan dan Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd, M Zulkifli Abdul Jalil. Berita penuh tentang pelancaran ini akan disiarkan dalam masa terdekat ini. Buat masa ini, korang tengok je la gambar ni dulu ya.

“Saya Jiwa Kosong” – Apa maksudnya, Nuh?

Tema Hari Ini – Askar?

Atilia, mmm singlet aje?

Faizal Tahir yang kini bebas

Ayu nampak terlalu simple. Please revamp her!

Cuba teka siapa dia? Nak ke kebun ke? Ops!

Hannah Tan. Merah Putih. Besarnya tali pinggang!

Bersama M Zulkifli – Pengurus Besar GUA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Evolusi Irama Ghazal Kontemporari Dari Ghazala

April Saturday Movies Special @ 8TV