in ,

Anjing Kesayangan Lady Gaga Sudah Ditemui, Seorang Wanita Bakal Jadi Jutawan Segera

PENYANYI Lady Gaga menawarkan ‘habuan’ lumayan bernilai RM2 juta ((AS$500,000) kepada mereka yang berjaya menemui dua ekor anjing baka French Bulldog yang dilaporkan hilang dicuri penjenayah.

Terkini tentang anjing milik penyanyi Lady Gaga iaitu Koji dan Gustav akhirnya berjaya ditemui. Menurut laporan Associated Press, seorang wanita yang identitinya tidak di kongsikan itu telah mengembalikan dua ekor anjing baka French Bulldog ke Balai Polis Olympic Communicty, Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.

Hasil siasatan pihak berkuasa, wanita terbabit disahkan tidak terlibat dalam kejadian tembakan dan rompakan yang berlaku baru-baru ini.

Difahamkan juga, wakil pihak Gaga,35, turut mengesahkan anjing tersebut adalah milik penyanyi Shallow itu.

Pada malam Rabu lalu, penjaga anjing Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta iaitu Ryan Fischer cedera ditembak oleh dua suspek lelaki ketika membawa anjing tersebut keluar bersiar-siar.

“Saya akan sentiasa menyanjungi kamu, Ryan. Kamu sanggup merisikokan nyawa sendiri demi menyelamatkan anjing saya. Awak adalah hero sebenar,” tulis Gaga dalam akaun Twitternya.

Ryan masih lagi menerima rawatan lanjut di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Anjing Kesayangan Lady Gaga Sudah Ditemui, Seorang Wanita Bakal Jadi Jutawan Segera

Lady Gaga Beri Habuan Mewah Rm2 Juta Kembalikan Anjingnya

Dalam kejadian tembak dan rompak itu, penjaga anjing kesayangan Gaga, Ryan Fischer turut tercedera selepas ditembak suspek menggunakan pistol separuh automatik.

Difahamkan, Ryan telah dikejarkan ke sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, penyanyi lagu Shallow itu telah menawarkan ganjaran besar kepada sesiapa yang menemui dan memulangkan semula dua ekor anjing yang diberi nama Koji dan Gustav.

Individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai haiwan kesayangan penyanyi dan pelakon berusia 35 tahun itu boleh menghantar informasi menerusi kiriman e-mel [email protected].

Ketika kejadian, difahamkan Ryan sedang membawa anjing Gaga bersiar-siar di kediamannya di Sierra Bonita Avenue sebelum didatangi perompak terbabit.

Suspek melarikan dua ekor anjing itu menggunakan kenderaan sedan berwarna putih.

Bagaimanapun seekor anjing Gaga bernama Miss Asia sempat melarikan diri dalam insiden berkenaan dan berjaya ditemui dengan selamat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Tahu SOP Yang Dikenakan Arab Saudi Untuk Bakal Jemaah Umrah di Pandemik Covid 19

Bakal Tinggal Kenangan, eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini Buat Ramai Imbas Memori