in ,

Bakal Tinggal Kenangan, eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini Buat Ramai Imbas Memori

Damansara boleh dikatakan sebagai lubuk untuk membeli-belah. Mana tidaknya, Damansara dipenuhi dengan banyak pusat beli-belah yang menarik seperti IKEA, One Utama, Tropicana City Mall dan eCurve. Terbaharu, tular satu desas-desus berkenaan pusat beli belah di Damansara, eCurve yang mungkin akan membuatkan anda terkenang masa lalu.

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, tidak dinafikan banyak premis perniagaan terpaksa menamatkan operasi kerana tidak mampu untuk menanggung kos. Begitu juga situasi yang dihadapi oleh pengurusan pusat membeli-belah terkenal di Damansara iaitu E-Curve.

Sebelum ini, netizen juga meluahkan rasa sedih apabila pasaraya popular, Tesco Malaysia telah dituar penjenamaannya kepada Lotuss Store.

Bakal Tinggal Kenangan, eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini Buat Ramai Imbas Memori

Menerusi laporan status yang dikongsikan melalui Facebook Malaysia Shopping Mall, mendakwa pusat membeli-belah itu bakal menamatkan operasi pada 31 Mac ini dan bakal menjenamakan semula mall itu?

Difahamkan, rata-rata pemilik premis perniagaan di situ mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat membeli-belah berkenaan.

Maklumat diberikan dari penyewa pusat membeli-belah. Agak terkejut selepas menerima notis secara lisan dari pihak pengurusan E-Curve. Dimana pusat membeli-belah ini bakal menamatkan operasi pada 31 Mac. Kepada mana-mana rakan atau pembeli boleh kunjungi pusat membeli-belah yang lain seperti Sunway Giza, Scott Garden, Setia Walk, Trec KL dan kawasan berdekatan.

Tunggu pembukaan dan penjenamaan semula pusat membeli-belah ini tidak lama lagi.

– Pemilik Premis Perniagaaan
Bakal Tinggal Kenangan, eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini Buat Ramai Imbas Memori

Di ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi dengan coretan netizen yang kebanyakannya mengimbas kembali kenangan di pusat membeli belah itu.

Pada Budiey, sudah tentu e-Curve meninggalkan seribu satu kenangan di mana Budiey saban minggu ke sana untuk menghadiri acara Pra Tonton dan juga Pelancaran Filem khususnya filem dari Malaysia. Selain itu, e-Curve juga selalu dikunjungi untuk lepak kat Starbucks dan jalan-jalan untuk jamu mata kat sana.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa sebak selepas mendengar khabar mengenai penutupan pusat membeli-belah itu tidak lama lagi. Malah, mereka turut berkongsikan pengalaman ketika pernah melewati E-Curve suatu ketika dulu. Terlalu banyak kenangan yang dikongsikan termasuklah penonton wayang, menikmati makanan di sana, menyaksikan live band dan sebagainya.

Bakal Tinggal Kenangan, eCurve Bakal Ditutup 31 Mac Ini Buat Ramai Imbas Memori

“Semoga penyewa dan pemilik premis bertabah, keadaan getir seperti ini tidak kekal lama, mari kita bersatu dan berjuang melawan”, tulis Malaysia Shopping Mall menerusi hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, kesahihan info ini masih belum dipastikan oleh pihak eCurve sendiri. Menurut sumber, berita penutupan eCurve ini dikongsikan sendiri oleh penyewa premis.

Harap pusat membeli-belah ini akan dibuka semula dengan penjenamaan yang lebih fresh!

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Anjing Kesayangan Lady Gaga Sudah Ditemui, Seorang Wanita Bakal Jadi Jutawan Segera

Isu Dikecam Peminat K-Pop, Janna Nick Sekali Lagi Mohon Maaf di Melodi