in

Nak Tahu SOP Yang Dikenakan Arab Saudi Untuk Bakal Jemaah Umrah di Pandemik Covid 19

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali memaklumkan pihaknya bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Dan kerajaan kini sedang mengkaji pelbagai aspek sebelum membenarkan rakyat Malaysia ke luar negara termasuklah bagi menunaikan ibadah umrah.

Justeru itu, ini antara SOP buat para jemaah yang sempat dikongsikan oleh beliau ;

  1. Mendapat izin untuk ke luar negara
  2. Selain visa umrah, pasport dan dokumen berkaitan lain, jemaah perlu tunjuk keputusan negatif ujian PCR Covid-19 ketika check-in di lapangan terbang. Ujian diambil TIDAK lebih 72 jam sebelum berangkat.
  3. Jemaah perlu muat turun sekurang-kurangnya satu aplikasi sebelum berangkat iaitu aplikasi Tawakkkalna yang mirip MySejahtera dan dikelolakan oleh National Information Centre Arab Saudi.
  4. Memakai pelitup muka sepanjang masa di dalam pesawat
  5. Serah borang pengisytiharan kesihatan di kaunter Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk petugas memeriksa keputusan ujian PCR Covid-19
  6. Muatan bas tidak lebih 25 penumpang atau 50 peratus kapasiti penuh penumpang
  7. Setibanya di hotel penginapan, jemaah perlu jalani kuarantin tiga hari dalam bilik tanpa keluar ke mana-mana. Makanan akan dihantar ke bilik para jemaah
  8. Selepas dua hari, jemaah perlu jalani ujian PCR yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi
  9. Jika keputusan negatif, jemaah dibenarkan mengerjakan ibadah umrah

Walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telahpun dijalankan mengikut fasa di negeri masing-masing namun, masih terdapat segelintir masyarakat kita yang sering mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan.

Justeru itu, bermula 11 Mac ini kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar SOP.

Ianya adalah berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini.

Menerusi pindaan itu juga, syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Fazura & Fatah Amin Curi Perhatian, Netizen Mahu Tengok Video Baru Setiap Hari

Anjing Kesayangan Lady Gaga Sudah Ditemui, Seorang Wanita Bakal Jadi Jutawan Segera