in , ,

Angelina Jolie Jadi Perhatian Hantar Anak Ke Universiti Di Korea Selatan

Sebelum ini salah seorang anak angkat Angelina Jolie dan Brad Pitt, Maddox Jolie Pitt menjadi perbualan umum apabila diterima menyambung pelajaran di sebuah universiti di Korea Selatan.

Sememangnya perkara tersebut adalah benar apabila Angelina sendiri menghantar Maddox di Universiti Yonsei, Seoul apabila anaknya itu mengambil jurusan Biokimia. Ternyata kemunculan pelakon itu ke universiti berkenaan lantas menjadi perhatian umum, apatah lagi Angelina tampil dengan gaya dengan cukup ringkas.

Angelina-Jolie-2

Pada masa sama, Angelina juga kelihatan cukup bangga melihat anak angkatnya yang berasal dari Kemboja itu sudah bergelar seorang mahasiswa.

Angelina-Jolie-11

“Saya pulang hari ini, hari di mana saya menghantarkannya ke kampus ini. Ya, saya tahu saya berusaha untuk tidak menangis,” ucapnya kepada pekerja, pensyarah dan mahasiswa di sana.

Dengan mata yang berkaca, ucapan pelakon tersebut membuat orang-orang di sekelilingnya turut berasa terharu.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia

AirAsia Foundation Lancar Pusat Perusahaan Sosial Destination di Kuala Lumpur

Zul Ariffin | 23

Zul Ariffin Bakal Kahwin Tahun Depan, Pilih Wanita Bukan Islam