in , ,

Zul Ariffin Bakal Kahwin Tahun Depan, Pilih Wanita Bukan Islam

Pelakon popular Zul Ariffin bakal menamatkan zaman bujangnya dan akan bernikah dengan wanita pilihan hatinya tahun depan.

Enggan mendedahkan identiti individu bertuah itu, Zul hanya memberitahu yang bakal isterinya merupakan bukan dalam kalangan selebrit dan seorang wanita bukan muslim yang sedang dalam proses mempelajari agama Islam.

zul-ariffin-forum

“Pilihan sudah ada, cuma saya akan kongsikan siapa orang itu apabila sudah sampai waktunya nanti.

Tidak perlu teka siapa gerangan wanita itu, nantikan berita itu tahun depan.

“Buat masa ini, saya nak bakal isteri saya mengenal agama Islam secara lebih mendalam dan ikhlas untuk memeluk Islam.

Jika dia berniat memeluk Islam sebab nak berkahwin dengan saya, perkara itu tidak akan berlaku kerana saya tidak izinkan.

Saya sudah jelaskan perkara ini kepadanya,”

“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan.

Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin, itu sahaja.

“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu.

Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan. Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira.

“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan.

Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus. Jika ada berita baik yang mahu saya cerita, pastinya saya akan kongsikan,”

– Zul Ariffin
Zul Ariffin

Menurut Zul, dia memandang perkahwinan itu dari sudut yang berbeza berbanding orang lain.

“Saya tidak mahu perkahwinan menjadi huru-hara jika saya tidak bersedia. Kalau saya berkahwin nanti saya nak berubah terus.

Saya nekad untuk menjadikan perkahwinan sebagai satu tanggungjawab berat yang perlu saya galas.

Sebaik melangkah ke gerbang perkahwinan saya akan tinggalkan segala apa yang tidak baik sebelum ini.

“Memilih untuk memperisterikan wanita bukan Islam bukan perkara mudah. Sebelum nak membimbing dia ke arah kebaikan, saya kena jadi lebih bagus.

Sekarang saya sedang membuat persiapan ke arah itu. Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik.

Saya nak rumah tangga yang bakal dibina nanti mengikut apa yang saya harapkan,”

– Zul Ariffin
Filem Sangkar

PENGUMUMAN dibuat pelakon popular, Zul Ariffin untuk menamatkan zaman bujang tahun depan pasti mengejutkan terutama peminat yang mengikuti perkembangan kerjaya seninya.

Siapa sangka, selepas sekian lama peminat menantikan detik melihat jejaka berusia 33 tahun ini berkahwin.

Bagaimanapun, pelakon kacak ini enggan mendedahkan siapa gerangan ‘bunga’ yang berjaya menambat hatinya itu.

Zul berkata, dia kini sedang mempersiapkan diri menjadi pemimpin dan pembimbing untuk keluarga yang bakal dibinanya nanti.

“Bukan semua orang boleh menjadi ketua keluarga.

Saya kini sedang berusaha mempelajari untuk menjadi seorang pembimbing yang baik untuk bakal isteri selain menggandakan usaha menjadi pemimpin berbanding urusan lain ketika ini.

“Apabila sudah berkahwin, saya nak jadi suami yang terbaik.

Disebabkan itu, saya memandang tanggungjawab yang bakal dipikul ini sesuatu yang besar dan barangkali akan mengehadkan pergerakan dalam bidang hiburan selepas berkahwin nanti,”

– Zul Ariffin

Zul juga enggan suri hidupnya itu menjadi mualaf hanya untuk sebuah perkahwinan semata-mata.

“Saya nak dia kenal agama Islam itu sedalam-dalamnya sebelum nekad memasuki agama Islam.

Saya nak dia pikul tanggungjawab ini dengan serius iaitu mengenali siapa Tuhan yang sebenar dan ajaran Islam semampu boleh.

“Saya nak dia berusaha mencari kebenaran dan menjernihkan segala kekeliruan mengenai Islam.

Saya nak dia peluk Islam dengan kerelaan hatinya dan bukan disebabkan perkahwinan.

Disebabkan itu juga saya tidak mahu berkongsi siapa gerangan wanita berkenaan sehingga tiba waktunya kerana bimbang andai tempoh dia mengenal Islam, dia tiba-tiba tidak mahu berhijrah,”

– Zul Ariffin

Pada masa sama, Zul juga bimbang sekiranya ilmu agamanya tidak mencukupi.

“Saya takut jika berlaku sesuatu kepada saya seperti kematian dan dia kembali kepada agama asalnya. Itu menjadi satu dilema besar buat saya,”

– Zul Ariffin

Sanggup Tinggalkan Kerjaya Lakonan

Zul juga sanggup melepaskan dunia lakonan yang menjadi kecintaannya selama ini semata-mata ingin memastikan kehidupan yang bakal dinikmati berjalan dengan baik dan agama Islam dipandang tinggi.

“Saya sanggup korbankan kerjaya seni semata-mata untuk memastikan isteri faham mengenai Islam.

Saya tidak kisah kehilangan kerjaya kerana perkahwinan ini membabitkan agama dan memerlukan komitmen yang tinggi.

“Saya tidak percaya kepada cinta. Bagi saya lebih baik bercinta selepas berkahwin. Itu lebih manis,”

– Zul Ariffin

Zul berkata, dia percaya ada sebab Allah menghadirkan dia dengan seseorang bukan Islam dalam hidupnya.

Sehubungan itu, dia akan mengambil ketentuan itu sebagai satu peringatan untuk menjadi orang Islam yang terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Angelina Jolie Jadi Perhatian Hantar Anak Ke Universiti Di Korea Selatan

Lamunan Hati Wann Semakin Hampir