in , ,

Amyra Rosli & Nad Zainal Dilantik Jadi Duta Rasmi Mommyhana

Pelantikan Amyra Rosli Dan Nad Zainal Sebagai Duta Rasmi Mommyhana Dan Pelancaran Produk Islamic Audio Device Edisi Terhad Untuk Seisi Keluarga Sempena Bulan Ramadan

MommyHana di bawah syarikat MommyHana Creative Sdn. Bhd. hari ini melantik dua pelakon popular iaitu Amyra Rosli dan Nad Zainal sebagai Duta Rasmi MommyHana bermula 20 Mac 2021.

MommyHana yang terkenal sebagai jenama yang pakar dalam membantu menyelesaikan masalah anak-anak ketagihan gajet kini mensasarkan untuk membantu lebih ramai ibu bapa selepas pelantikan Amyra Rosli dan Nad Zainal sebagai Duta Rasmi.

MOMMY HANA

Menurut Pengasas MommyHana, Hana Shahadan, sehingga kini lebih 1 juta ibu bapa yang mempunyai masalah anak ketagihan bermain gajet telah dibantu oleh MommyHana.

“Pelantikan Amyra Rosli dan Nad Zainal sebagai Duta akan meningkatkan pemasaran dan penjenamaan MommyHana, di mana dengan cara ini lebih ramai ibu bapa akan mengenali jenama MommyHana dan akan mula menggantikan gajet anak-anak mereka kepada produk MommyHana yang lebih menarik dan selamat untuk anak-anak.”

MOMMY HANA

Terdahulu, produk Islamic Audio Device yang direka untuk kanak-kanak mendapat tempahan yang mencatatkan jualan sebanyak RM1 juta hanya selepas 1 jam dilancarkan pada tahun 2019. Bertitik tolak daripada itu, MommyHana melancarkan produk Islamic Audio Device Edisi Terhad yang direka khas untuk seisi keluarga dalam majlis yang sama pada malam pelantikan Duta itu.

MOMMY HANA

“Idea untuk mengeluarkan produk terbaru MommyHana iaitu Islamic Audio Device Edisi Terhad adalah selepas kita melihat Islamic Audio Device yang direka untuk kanak-kanak turut digunakan oleh ibu bapa dan seisi keluarga. Islamic Audio Device Edisi Terhad kali ini adalah berkonsepkan corak Kaabah, dilihat lebih sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Kini semua orang boleh mendengar alunan ayat suci Al-Quran, zikir dan lain-lain menggunakan Islamic Audio Device daripada menggunakan gajet. Selamat tanpa radiasi, tidak menggunakan Internet, dan jimat bateri, serta boleh dibawa ke mana-mana.”

MOMMY HANA

Dalam majlis yang sama juga, Puan Hana Shahadan memberi anugerah kepada 30 orang usahawan MommyHana yang berjaya mencapai jualan enam dan tujuh angka pada tahun 2020.

Salah seorang usahawan MommyHana yang juga penerima anugerah pada malam itu berkata, produk MommyHana mendapat permintaan lebih tinggi semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia.

MOMMY HANA

“Saya memilih untuk menyertai usahawan MommyHana selepas saya membelikan produk MommyHana untuk anak saya, dan saya lihat hampir semua ibu bapa di Malaysia memerlukan produk ini. Saingan pun tiada, dan permintaan sangat tinggi. Alhamdulillah pada tahun 2020 saya berjaya membuat jualan sebanyak RM2 juta.”

MOMMY HANA

MommyHana mensasarkan untuk membimbing 50,000 orang yang mahu menambah pendapatan dan turut mensasarkan jualan sebanyak RM100 juta pada tahun 2021. Menurut Puan Hana Shahadan lagi, beliau membuka peluang kepada semua walaupun yang hanya bergelar suri rumah untuk menambah pendapatan bersama MommyHana terutamanya di waktu keadaan ekonomi yang sangat merudum semenjak pandemik melanda dunia.

MOMMY HANA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teka-Teki Terjawab, Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah Hari Ini

Farawahida Berkahwin Kali Kedua Selepas Setahun Berpisah, Kini Jadi Isteri Pegawai Kerajaan