in , ,

Teka-Teki Terjawab, Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah Hari Ini

Spekulasi mengenai perkahwinan antara Engku Emran dan Noor Nabila akhirnya terjawab apabila mereka sah bernikah hari ini. Perkara tersebut dibuktikan menerusi sekeping gambar yang dikongsikan oleh adiknya iaitu Ameera Khan di Insta Story miliknya.

Pasangan itu dinikahkan berwalikan adik Nabila, Mohamed Aqief Mohd Noor. Noor Nabila menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diberi dan dibalas oleh pengantin, manakala wang hantaran juga tidak dimaklumkan.

Meluahkan rasa syukur majlis berjalan dengan lancar, Nabila berkata mereka hanya melakukan perkara wajib dan tiada majlis lain diadakan selepas ini.

Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan serba ringkas dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Majlis hanya dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan sahaja. Kami buat yang wajib, selain bersederhana. Apa yang penting kami mahukan keberkatan. Kami tidak merancang mengadakan majlis lain selepas ini,”

– Noor Nabila

Dalam pada itu, Nabila turut menafikan desas-desus mendakwa dia dan Engku Emran mengikat tali pertunangan seperti tular sebelum ini.

“Kami tidak bertunang seperti yang disangka. Saya mula mengenali Engku Emran sekitar Ogos, tahun lalu. Waktu itu, kami hanya berkawan.

“Kami mula rapat sekitar hujung tahun lalu. Malah, kami berkongsi minat sama termasuk dalam sukan berbasikal,”

– Noor Nabila

Kedua mereka pernah melalui bahtera rumah tangga sebelum ini, Nabila berkata mereka tahu apa yang diinginkan sebagai pasangan dan akan melakukan yang terbaik untuk perkahwinan ini.

“Kami pernah melalui pengalaman berumah tangga, sebelum ini. Jadi, kami agak matang dan tahu apa yang diinginkan sebagai pasangan hidup. Insya-Allah, kami akan buat yang terbaik dan sentiasa ada untuk satu sama lain,”

– Noor Nabila

*Sumber: Berita Harian

Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah
Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah
Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah
Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah
Engku Emran & Noor Nabila Sah Bernikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Lancarkan Single Debut Baru Berjudul PAP TAPOM

Amyra Rosli & Nad Zainal Dilantik Jadi Duta Rasmi Mommyhana