in , ,

Amyra Rosli Hamil Anak Kedua Hadiah Hari Jadi Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin menyifatkan, berita isterinya, Amyra Rosli hamil anak kedua menjadi hadiah paling bermakna sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.

Amar Baharin berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik foto isterinya bersama alat ujian kehamilan di Instagram, beberapa jam lalu.

Menerusi keterangan gambar yang disertakan, Amar mengucapkan syukur atas rezeki paling menggembirakan yang diberikan Allah itu.

Amar

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki. Ini hadiah paling menyeronokkan yang saya dapat ketika saat usia meningkat 34 tahun,”

– Amar Baharin

Difahamkan, pasangan itu mendapat tahu khabar gembira itu, baru-baru ini. Ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Entri berkenaan turut menerima dibanjiri ucapan tahniah daripada teman artis dan pengikut pasangan yang sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Aqeef Anaqi.

Terdahulu, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amyra Izzati Rosli berkata, dia tidak pernah merancang soal anak, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan rezeki.

“Jika ditanya, memang saya sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak kedua, lagipun Anaqi sudah berusia setahun lapan bulan,”

– Amar Baharin

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung pada 15 Oktober 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Rai Ketibaan Penerbangan Sulung ke Melaka

2Bic Solo | 23

LuLu Hypermarket Kini Dibuka di 1 Shamelin Mall, Jom Shopping!