in ,

Jaga Batas Semasa Babak Romantik, Amyra Rosli Syukur Diganding dengan Saharul Ridzwan & Izzue Islam

Sesuai dengan penampilan berhijab, aktres Amyra Rosli bersyukur apabila digandingkan dengan aktor Saharul Ridzwan dan Izzue Islam dalam drama terbaru lakonan mereka, Sabarlah Duhai Hati.

Memetik laporan Xtra, aktres berusia 30 tahun itu berkata, dua aktor tersebut sangat menjaga batas ketika menjayakan babak romantis tanpa perlu bersentuhan antara satu sama lain.

“Saya amat menghormati Saharul dan Izzue kerana mereka berdua sangat menjaga batas dan mengajar saya teknik tertentu…
“…untuk melakonkan adegan romantik supaya lakonan itu berkesan tanpa perlu bersentuhan,” kata pemilik nama Nur Amira Izzati Rosli itu.
Amyra Rosli

Menurut Amyra, suaminya Amar Baharin juga memberi izin sekiranya perlu melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki, namun ia perlu berlapik.

“Biasanya bukan babak bersentuhan bersama hero sahaja tetapi macam dengan watak seperti bersalaman antara ahli keluarga, bapa dan sebagainya,” ujarnya.

Drama adaptasi novel hasil karya Mimie Afinie itu diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading dan akan ditayangkan di slot Akasia TV3, bermula 28 April ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Temubual Eksklusif Bersama Mona Allen Pelakon Drama HATI YANG DIKHIANATI

Anak Kru Kapal Selam Hilang Kunci Ayah Dalam Bilik, Berkeras Larang Ayah Pergi Bertugas