in , ,

Zizan Razak Senang Hati Emma Maembong Bertudung

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mengakui berasa bangga jika aktres yang sering dikaitkan bercinta dengannya, iaitu Emma Maembong membuat keputusan untuk terus bertudung. Memetik kenyataan di mStar online, Zizan berkata, dia tidak pernah menyuruh wanita itu untuk berbuat demikian.

Zizan Razak

“Bapa saudara Emma ada hubungi saya untuk bertanya tentang perkara itu dan sama ada saya yang menyuruhnya bertudung, namun ketika itu saya pun tidak tahu tentang dia mahu bertudung. Dia baru mencuba-cuba untuk pakai tudung, bagi saya itu perkara yang baik dan membanggakan bagi seorang wanita.”

Tambah Zizan, Emma sudah lama memberitahu niat untuk berubah ke arah itu namun masih menunggu masa yang sesuai.

Sementara itu, Zizan yang juga Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment berkata, dia masih belum mengetahui perancangan kerjaya artis di bawah naungannya itu selepas berhijab.

“Buat masa ini dia (Emma) sedang menjalani penggambaran drama yang memang memerlukannya bertudung iaitu Projek Memikat Suami (PMS) dan Yes Boss!. Untuk projek seterusnya saya tidak tahu lagi sama ada dia terus mengambil watak bertudung sahaja atau tidak.”

Cantik dan comelnya Emma Maembong bertudung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Danial Cheur Hamasiah Juara Idola Kecil Musim Ke-6

Komedi Pentas Kelainan Sambut Tahun Baru 2014