in , ,

“Comelnya Macam Anak Patung!” -Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian

Umum sedia maklum bahawa pelakon cantik, Emma Maembong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 November lalu.

Emma dan pasangannya, Muhammad Shazli Azhar juga tidak lokek berkongsi gambar-gambar bersama si comel walaupun Emma masih berada dalam mood berpantang sebelum ini.

Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian

Photoshoot Pertama Baby

Pelakon berusia 28 tahun itu telah berkongsi gambar-gambar anaknya yang pertama kali melakukan photoshoot. Menerusi muat naik yang dibuat, pelbagai komen positif diterima apabila mereka yang memuji kecomelan dan  keunikan mata si kecil itu.

Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian

Dapat pujian warganet

Pelakon wanita tersebut dan suaminya turut membuka akaun Instagram untuk anak tersayang dengan memaparkan perjalanan kehamilan Emma sehingga dia melahirkan.

Dalam akaun @eslovestory, dapat diperhatikan mata bayi lelaki Emma Maembong berwarna kelabu dan mendapat pujian daripada warganet yang begitu teruja melihatnya.

Walau bagaimanapun, setakat ini Emma dan suami masih belum mendedahkan nama bayi pertama mereka.

Pasangan ini yang mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2020. Pada awalnya mereka merahsiakan tarikh pernikahan yang sebenar sebelum majlis berlangsung dengan meriah.

Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian
Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian
Mata Kelabu Anak Emma Maembong Raih Pujian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MukaRakat Raikan Semangat Kebersamaan & Tradisi Mereka dalam Single TOKI SLOKI

Aziz Harun & Bunga Menutup Lembaran Tahun 2020 Dengan DUA PULUH DUA PULUH