in ,

Danial Cheur Hamasiah Juara Idola Kecil Musim Ke-6

Tahniah Budiey ucapkan kepada Juara Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah yang telah dinobatkan semalam. Adik Danial tidak mampu menahan sebak apabila diumumkan memenangi pertandingan akhir tersebut di Kompleks Sukan Panasonic di sini, malam Sabtu. Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi. Menurut Danial ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka kemenangan itu berpihak kepadanya memandangkan persaingan antaranya dan empat finalis lain agak sengit.

Idola Kecil

“Saya memang tak sangka sebab kawan-kawan lain turut membuat persembahan yang hebat. Apabila diumumkan sebagai pemenang dan melihat gambar saya yang keluar di skrin, saya akui sangat terkejut kerana terlalu teruja untuk mengetahui keputusannya. Saya merancang untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang nyanyian kerana amat berminat untuk bergelar seorang penyanyi,”

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Aby Norlila Kamaruddin (Aby), 12, dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi manakala tempat ketiga yang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi dimiliki oleh Ammierul Daneal Eddy Noor, 12.

Finalis lain yang turut menyertai pertandingan ini adalah Shafiqah Amira Shukor, 12 dan Nor Alleyya Nor Edwan, 10.

Pertandingan akhir ini memperlihatkan para peserta perlu menyampaikan dua buah iaitu Mother’s Choice, lagu-lagu menjadi kegemaran ibu finalis dan sebuah lagi dicpta khas untuk mereka. Persembahan akhir itu diadili oleh dua juri jemputan, Noh (Hujan), Syafinaz Selamat dan Tomok selaku juri tetap.

Pertandingan malam itu turut diserikan dengan persembahan pembukaan daripada Joe Flizzow. Program realiti yang dihoskan oleh penyanyi Alif Satar ini turut disiarkan secara langsung di TV9.

Idola Kecil

Idola Kecil

Idola Kecil

Danial Cheur Hamasiah

Idola Kecil

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Neelofa

Neelofa Dituduh Kena Tangkap Khalwat

Zizan Razak Senang Hati Emma Maembong Bertudung